Kenapa aku lebih suka cuka Carob berbanding cuka epal !

by - Rabu, Mac 27, 2024

 Wife bawak balik Organic Carob Cider Vinegar ke rumah. Katanya dia dapat ketika hadiri satu bengkel di kementeriannya. Aku cam.. carob ? Apa kemenda lak ni ? Tak pernah tau lak kewujudan dia ! Aku baru je beli cuka epal. Aku suka campurkan dengan serbuk halia , cayenne pepper dan juga madu tualang. Oh , lemon juga ! Pastu minum. Fuh... sedap sungguh perut !

Bila aku baca pasal cuka carob ni , aku terus terasa nak mencubanya. Bila tengok kandungannya di botol , ianya tak sama macam cuka epal yang segalanya sifar ! Aku baca risalah yang disertakan bersama di dalam kotak. Terus cam WOW ! Boleh tahan juga latar belakangnya. Segalanya organik tanpa bahan tambahan untuk menyedapkannya ! 

Aku bancuh dan hidangkan pada ahli keluarga ketika berbuka dan ternyata anak anak suka. Sebelum ni aku guna cuka epal pun diorang suka tapi katanya kali ni kesedapnya berbeza ! Bagus cuka ni jika diamalkan terutama untuk pencernaan.

Apa itu Carob ? Kat mana boleh dapat menda ni ? Apakah kelebihannya ? Untuk pengetahuan kita bersama , di negara luar, penggunaan buah Carob sebagai pengganti kepada coklat/koko. Yang paling penting ia mengandungi fiber, kurang mengandungi lemak, tidak ada gluten. Dimana ini semua sangat bagus untuk kesihatan tubuh badan anda. Banyak rupanya kelebihan buah Carob yang ramai tidak tahu. 

Manfaat buah carob ni apabila ia dikeringkan dan dijadikan minuman, sangat kaya dengan serat pemakanan semulajadi. Tambahan pula ia mempunyai kesan yang baik terhadap mikroflora usus. Apabila dijadikan cuka lagilah banyak manfaatnya. 

Bahkan terdapat kandungan dalamnya yang berfungsi sebagai anti kanser. Pengamalan 1 sudu besar Cuka Carob dicampur dalam segelas air kosong dan masukkan sedikit madu, dikacau dan diminum selepas makan berat sangat membantu proses pencernaan dan penjagaan usus dengan baik.

Cuka Carob dari Turki ini mengandungi karbohidrat, manganese, fosforus, tembaga, kalsium dan banyak lagi. Terbukti secara saintifik mampu memberikan pelbagai manfaat kepada anda. Khasiat dan mineral yang terkandung di dalam produk ni korang boleh baca sendiri di laman web Sihaté.



Perbezaan kandungan antara Cuka Carob dan Cuka Epal.




Tak peliklah kenapa aku boleh 2 jam lebih di gym di sebelah pagi. Biasanya aku workout pun ringan ringan je untuk elakkan keletihan melampau tapi sejak aku buat air campuran ni, dia punya tenaga macam terlampau banyak ! Hahaha.. serius ! 

Ditambah lagi aku tak makan nasi ketika sahur dan berbuka , mana datang tenaga ? Maka kita kena tau.. punca tenaga kita ni dari macam macam. Bukan nasi saja ! Apa saja yang mengandungi karbohidrat, ianya boleh ditukar menjadi tenaga. Serbuk halia sendiri ada karbo. Madu tualang.. 

Nah ! Cuma kedua dua ni ada fiber berbanding nasi putih zaman sekarang lebih lagi yang beras yang putih berkilau tu ! Huhu.. karbohidrat semata mata ! Bukan tak bagus.. Bagus jika aku turun ke bendang atau bekerja mengunakan fizikal . Kalau sekadar duduk di kerusi pejabat,tak perlulah nasi putih tu. Nanti boroi je yang terjadi. Mau kena faham tu yer. 

Cuka epal tu pun tetap aku minum. Tukar tukar la... Masing masing ada kelebihan. Cuma jangan keterlaluan. Sederhana ! 

You May Also Like

0 comments