Turun berat badan semasa Ramadan. Apakah tandanya ?

by - Khamis, Mac 21, 2024


Aku timbang dan hasilnya , hilang 2kg ! Pergh... baru masuk 9 hari berpuasa tapi dah berjaya pecah rekod ! Aku punya berusaha nak turunkan berat badan dari dulu lagi tapi asyik gagal. Tak tau la puncanya walhal sendiri punya salah ! Punca dah terang terang depan mata. 

Selepas berbuka , berat badan kembali tambah 2 kg. Maka jadilah semula 81kg. Fuh... sebenarnya aku tak nak la kurus sangat. Yang aku nak, berotot tapi lemak badan dibawah 10%. Yang ni sebenarnya satu cabara apatah lagi nak lakukan tanpa gunakan suppliment  tambahan seperti fat burner atau peransang hormon untuk meningkatkan metabolisma. Aku lebih suka cara natural kecuali terpaksa ambil whey protein sebab protein intake aku tak cukup. Mana larat nak makan ayam , telur , daging hari hari. Muak jadinya. Telur tu , memang ok je tapi kena guna telur omega. Rasanya memang lain dari telur biasa.

Jadi , berat badan sebenarnya yang mana ? Sebelum atau selepas berbuka puasa ? Jawapannya ialah sebelum ler ! Dan kalau nak pastikan berat badan tak melambung naik selepas berbuka , mudah jer tipsnya. Kena ingat.. semasa berpuasa tu , air dalam badan hilang sedikit. Masa ni proses pembakaran lemak pun boleh terjadi jika badan kita 'sihat'. Jika badan terutamanya perut tak sihat , jangan mimpi la nak kurus ya ! Kena sihatkan perut ! 

Cara mudah untuk kekal anggun sehingga Syawal dan seterusnya , ketika berbuka tu.. makan dulu tamar atau kurma. Pastu minum air seteguk. Gi solat Maghrib dulu. Bila dah selesai yang tu, ketika nak makan berat.. pastikan amik fiber atau lemak sihat dulu. Maksudnya makanlah buah buahan atau salad dulu. Penuhkan perut dengan serat. Barulah ambil protein seperti ayam, ikan , daging dan juga telur. Makanlah sepuas puasnya. Jika masih lapar , barulah ambil nasi dan letak sedikit kuah atau sup. InshaAllah ketika nak makan nasi ni, nasi yang diambil pasti sedikit jer. 

Siap makan.. janganlah terus duduk atau baring. Gi bersihkan pinggan mangkuk dulu. Pastikan ada pengerakkan. Jangan duduk. Bakar kalori sebanyak mungkin. Pastu gi la tunaikan yang wajib dan sunat. 

Dan.. jika berterawih di masjid atau surau , jangan pulak gi makan makanan yang tinggi karbohidrat dan juga gula. Rugi je ! Bukan apa.. kan dah malam ? Nak tidur. Perut nak proseskan makanan sebelum tu dan jika kita makan makanan bergula, automatik kita dah kasi bikin lonjakan insulin. Ini yang kita tak nak ianya berlaku. Berlakunya lonjakan insulin di malam hari, sangatlah tak sihat ! 



 

Jika berkemampuan... banyakkan bergerak di siang hari. Bukan baring atau tidur. Kena banyak bergerak. Pastikan otot otot kita digunakan sepenuhnya. Korang akan terasa kelainan jika bersenam berbanding bulan bulan biasa. Memanglah penat dan dahaga tapi jika boleh lawan dua tu.. memang badan akan berterima ksih punya ! Tapi pastikan la jangan buat di waktu tengahari. Awal pagi dan petang hari , cun ! 

You May Also Like

0 comments