Kitalah yang rosakkan kesihatan anak anak !

by - Jumaat, Mac 01, 2024

Di gym Bahang Bay Hotel. Aku ditegur seseorang. Sebelum tu , dia dan wifenya bersenam dalam gym kecil tu. Aku perasan , isterinya sedang mengandung. Aku rasa anak pertama. Selepas aku masuk , isterinya keluar dan duduk di tepi kolam. 

Kawan tu bertanyakan tips nak dapatkan bentuk badan menarik. Aku senyum. Aku perasan perutnya sedikit membulat. Aku yang dah memang penat , mula berbicara mengenai pemakanan. Yer, aku tekankan pemakanan ! Dan memang tepatlah bicara aku tu sebab dia memang ada masalah bab pemakanan termasuklah isterinya yang gemar minum air kopi viral viral ni ! 

Aku tarik nafas panjang. Inilah masalah utama di negara kita. Ramai yang ketagihan minuman yang diorang nampak sihat dek kerana berpegang pada minum kopi tu menyihatkan badan malah ada yang siap kata.. hurm. Malas nak taip ! Korang carik la sendiri apa pegangan mereka ni. 

Camana aku leh tahu ? Tengok je pipi pipi mereka ni. Masing masing tembam. Jangan cakap la memang dari kecil dah tembam. Sebenarnya boleh je hilang tembam tu. Jangan berpegang tembam itu comel ya. Kita nampak comel sebab kita pun tembam ! Maka nak ada geng tembam ! 

Dulu anak anak gitu. Masing masing tembam. Kenapa ? Sebab aku tak tau. Dan itulah kesalahan dan kesilapan terbesar aku dalam membesarkan anak anak. Setiap hari , aku wajib belikan mereka roti putih dan susu susu rendah lemak yang kononnya membantu untuk pembesaran mereka. Kemudian ada coklat yang kononnya bagus untuk otak mereka. Aduh... tu belum masuk lagi jajan atau makanan ringan seperti biskut biskut manis dan sebagainya.





Hasilnya ? Mereka mudah jatuh sakit. Bila sakit , pasti akan demam batuk berkahak dan selsema berminggu minggu nak hilang ! Maka klinik menjadi rumah kedua mereka. Sekali gi klinik , RM60-70 sudah pasti.  Penat bhai !! Duit melabur ke perubatan jer. Tu belum beli suppliment untuk kuatkan imunisasi mereka. 

Maka aku nasihatkan kawan tu, bila dah ada anak nanti.. fokuslah la pada real food. Makanan yang sebenar makanan. Kalau boleh menyusu anak , biarlah susu ibu yang asli. Usaha selagi mampu. Jangan memudahkan kerja kita tapi akhirnya menyulitkan kita. 

Perhatikan anak anak anda... Apa yang mereka makan setiap pagi ? Apa yang anda kasi makan setiap pagi ? Sehari , berapa kali mereka makan ? Perlu ke makan berkali kali walhal aktiviti mereka tak pun menggunakan banyak tenaga ? 

Jika mereka lapar , apa yang kita beri mereka makan terlebih dahulu ? Makanan ultra proses seperti burger , hotdog , roti berkrim , aiskrim ? Atau makanan yang tinggi karbohidrat ? Camana pula dengan protein dan fiber ? Ya.. mereka tak nak kan ? Ayam tu ok la. Tu pun kena ayam goreng ala ala KFC.

Hurm.... 



 


Aktifkan mereka bermula dari pagi hari hinggalah ke petang hari.  Mereka bergantung pada kita untuk sihat. Kitalah yang menentukan kesihatan mereka. Kita fokus pada pendidikan tapi gagal dalam melaksanakan apa yang dipelajari. Hanya dok fokus masa hadapan yang cemerlang dan gemilang dalam pendidikan tapi gagal dalam membentuk kesihatan yang cemerlang ! 

Ubahlah sementara kita mampu mengubahnya. Ramadan ni masa yang paling sesuai untuk mengubah kesilapan kita...bermula dari kita sendiri ! 






You May Also Like

2 comments

  1. Ibu bapa mencorakkan kehidupan anak2... Dah dewasa susah nak ubah habit pemakanan

    BalasPadam
  2. Betul. sebagai parents, kita yang sepatutnya yang memberi dan menjaga makanan anak2

    BalasPadam