Pagi pagi si pipit dah meminta makanan !

by - Rabu, Mac 20, 2024


 Baru nak basuh pinggan di sinki , aku terdengar bunyi kicauan burung depan rumah. Heee.. menjerit dah diorang nak minta makanan. Tapi maaflah , takda stok barli. Aku mencari hari tu di kedai runcit tapi barli yang menjadi kegemaran mereka tu takda. Aku pernah beli yang biasa punya tapi mereka tak usik. Huih ! Kalau yang biasa ni mereka tak nak makan , mesti ada sebab ! Diorang bukan burung T20 pun tapi mesti barli tu ada masalah !

Puas aku pikir nak kasi makan apa kat diorang ni ? Dah satu hari aku tak kasi diorang makan sebab takda stok makanan. Pernah letak kacang hijau...tak makan gak. Tetiba aku terperasan nasi putih yang tak abis. Terus aku cuba nasih. Apakah mereka akan makan ? Huhu... 

Aku letak suku senduk. Tu je saki baki nasi yang ada sahur tadi. Wife memang tak masak banyak nasi putih. Anak anak pun sekadar suku senduk nasi putih je makan. Tu pun bercinta nak abiskan. Selebihnya diorang ratah telur dadar dan sayur. Atau ikan.. ayam ! 

Lepas aku letak.. aku menyorok. Menanti.. apakah mereka akan singgah ??? Alhamdulillah... rezeki buat mereka. Tengahari hari , abis dah. Nak tak nak , mereka kena makan sebab sekarang ni musim kemarau. Panas. Makanan susah nak cari. Kena belajar makan je yang ada asalkan real food. Jangan korang gi bedal makanan segera dah la ! Heeee...

You May Also Like

1 comments

  1. Burung NI masa kecik2 abah Sy penah tgkap goreng๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…,,ktorg pggil burung cap rumah,sbb byk sgt KT tmn,, Cara NK tgkap,ambik lidi,sapu gam tikus,letak KT TMPT dia suka duduk,haha..

    BalasPadam