Bard Gym , Kota Bharu di Kelantan memang padu !
Sejak aku menikah dengan wife aku pada tahun 2008 , ini kali pertama aku jejakkan kaki ke gym ni di Kelantan. Biasanya kalau aku balik Kelantan , aku hanya ke gym di Kok Lanas tu jer. Situ pun ok dah bagi aku cuma jadual buka tutup tu je la membingungkan aku. Akhirnya terpaksa la pergi hujung hujung waktu jer. Tak puas bersenam. Walk in , RM5.
Tapi sejak aku tengok kawan aku di Facebook , post gym dia main di Kota Bharu.. aku rasa cam tertarik pulak nak gi mencuba. Dan akhirnya, baru baru ni.. aku ke situ juga untuk mencuba. Dan untuk pertama kali aku masuk , memang WOW juga la bagi aku. Banyak mesin mesin menarik untuk dilayan ! Rasanya kalau nak main full body ni memang puas punya. Confirm merangkak balik rumah ! Hahaha..
Kat sini , nak sekadar kardio pun confirm puas punya. Aku tak sempat amik gambar treadmill , basikal dan ada satu lagi mesin tu.. yang tu aku memang nak sangat cuba tapi setiap kali gi situ , aku terus terlupa sebab nak fokus pada lower body ! Hahahaa.. Bila nak kardio , dah penat sangat.. maklumlah , puasa kan !
Kali kedua aku gi, aku puas layan sebab wife aku tak ikut. Yang pertama tu , dia ikut tapi tak masuk. Dia lepak dalam kereta jer. Simpan tenaga nak gi shopping ! Huhuh.. aku je abiskan tenaga dalam gym.. kul 9 pagi ! Hahahaa.. masak ler nak tunggu berbuka !
Ok.. sambung.. kali ke dua gi, baru aku dapat layan abis lower body. Semua mesin kaki aku layan. Aku cari mesin yang takda kat gym aku layan selalu. Memang tangkap laaa otot otot kaki. Risau gak aku camana nak balik kalau kaki krem gitu ! Tapi Alhamdulillah, takda pulak nak krem !
Dalam tak sedar , aku dah layan 2 jam. Kalau tak memikirkan aku kena memandu 40 minit untuk pulang ke rumah.. aku rasa aku boleh lepak situ 3 jam ! Huhuh..
Surau, tandas.. bersih ! Mesin mesin dia pun terjaga. Kaunter ada jual pelbagai air ! Takda masalah dengan tempat letak kereta. Waktu operasi pun best ! Kul 7 pagi hingga 12 malam ! Tutup pada hari hari tertentu seperti Aidilfitri dan sebagainya.
Bard Gym ni memang sesuai la untuk mereka yang nak buat badan. Lengkap dari atas sampai bawah. Pastu mesin dia banyak. Kau takkan bergaduh gaduh punya la nak beratur tunggu mesin kosong. Layan je dulu mana mana yang ada. Jangan buang masa.
BARDGYM JALAN SRI CEMERLANG
KOTA BHARU.
0 comments