Betul ke lepas vaksin Covid 19, ramai dapat Anxiety ?
Teringat kenangan PKP... selepas ambil vaksin pertama , ramai pakat pakat singgah ke Aeon , beli air kopi viral ! Maklumlah , dapat keluar rumah masa tu. Selain cari barang dapur , terus beli air kopi. Seronok memasing.
Dos pertama selesai. Takda demam. Semua ok termasuk wife aku. Pastu dos kedua lak. Dan seterusnya , booster ! Aku tak ingat.. samada selepas dos kedua atau booster , aku terasa jantung berdebar debar seperti amik fat burner ! Aku ingatkan normal jer. Tapi aku alami rasa ketakutan pelik ! Tak berani nak keluar rumah jumpa orang. Nak berbual ke.. atau nak ke gym ! Kalau nak ke gym, memang akan pakai face mask masa workout. Malah aku akan workout dekat ngan tingkap atau kawasan yang ada kipas. Heee....
Rupa rupanya aku dah kena anxiety ! Tu pun selepas aku buat rawatan fisioterapi. Katanya urat leher aku sangat tegang. Adeh... patutlah ! Apakah puncanya dari vaksin ?? Tak pun sebenarnya. Badan aku dah cukup tinggi dengan keradangan sebelum tu. Aku kaki kopi 3 in 1 ! Gara gara mereview produk tanpa kira baik buruknya produk tu, maka kesan sampingannya memang hanya menanti masa.
Tambah lagi dengan pemakanan yang kononnya sihat untuk tubuh badan.. untuk dapatkan protein , kalsium dan pelbagai jenis vitamin , aku gemar minum susu susu putih yang dijual di pasaran ! Sampah sungguh laaaa ! Tinggi gulaaaa semua tu !
Dah dengan gula tinggi.. kafein lagi ! Tambah lagi dengan pelbagai bahan bahan sintetik dalam pemakanan terutama yang segera , ibarat racun dah terkumpul dalam badan. Hanya menanti masa untuk meletup. Dan seterusnya...
Nak kata sebab vaksin , mak aku ok. Adik , abang aku ok. Alhamdulillah. Masing masing booster kot. Wife aku , kena ! Dia kaki kopi ! Wajib hari hari. Nah... inilah dia punca segalanya. Kafein tinggi dalam badan menjadi punca.
Aku ubah gaya hidup. Detoks ? Yer... buat secara semula jadi dan mudah jer. Tak perlu ubat doktor pun. Dan alhamdulillah , sihat kembali. Aku kena Covid 19 tahun berikutnya dan kemudian Influenza. Sekeluarga.. alhamdulillah.. semua sihat.
Camana nak detoks ? Buang semua makanan yang dibuat di kilang yang berada di dapur tu ! Hahahaha.. Yang dalam tin.. yang dalam plastik.. Makanlah makanan yang nenek moyang kita makan. tu jer caranya kalau nak sihat !
Gi gym pun pakai facemask ! Anxiety teruk !
Amalkan air halia setiap pagi. Berhenti ambil makanan yang bukan makanan sebenar !
Nak sihat ? Amalkan air halia : https://halia1.wasap.my/
1 comments
Patutlah sekarang makin menjadi2 orang kena anxiety. Tiba2 rasa malas, lesu.. Kadang tu boleh tiba2 blank...
BalasPadam