Selalu bersenam ? Kena ada masa untuk baik pulih otot !

by - Jumaat, April 26, 2024


Yer.. sehari 2 kali aku ke gym. Seminggu sekali , aku cuti. Walaupun di bulan puasa. Kenapa aku beria sangat ke gym bersenam ni ? Hurm. Aku pernah kecederaan lutut yang membuatkan aku terbatas nak bergerak. Gara gara bermain futsal ! Insaf  tak nak main dah. Hahaha.. 

Kecederaan tu membuatkan aku hilang kemampuan untuk berlari dan berjalan lama. Kalau bersenam di gym tu, sekadar bahagian atas badan jer. Bawah , memang akan terasa sakit. Kalau nak juga buat , aku kena guna knee guard dan balik rumah kena urut ! Kalau berlari tu, akan terasa la lutut seperti nak berlari meninggalkan aku ! Hahaha.. Bila dah ok skit lutut, akan timbul cecair di belakang pelipat lutut yang dikenali sebagai Baker's Cyst. Tak sakit tapi sangat menganggu pengerakkan. 

Alhamdulillah.. masalah lutut aku dah kembali pulih selepas buat fisioterapi di The Rehab & Physioteraphy , beberapa kali. Selebihnya aku diminta untuk mengurangkan berat badan untuk memastikan lutut tidak menanggung beban berat badan. Dan benar , Baker's Cyst aku turut hilang selepas aku mengawal pemakanan  terutama gula dan karbohidrat. Cut dua dua ni dan memang keradangan pada sendi turut hilang. Masalah keradangan ni bukan saja melibatkan lutut saja tapi merebak ke siku ! 

Rawatan fisioterapi membantu melepaskan  tekanan terutama pada otot otot badan kita. Selebihnya pada gaya hidup kita. Sejujurnya selepas membuat rawatan fisioterapi , otot lebih sihat dan kuat. Darah dapat bergerak dengan lebih baik. Boleh rasa perbezaannya sebelum dan selepas. 


Kali terakhir aku buat fisioterapi di sini, bulan Disember tahun lepas. Kelmarin , aku kembali lagi untuk membuat baikpulih badan. Sasaran aku ialah belikat badan dan juga scapula atau shoulder blade. Bahagian ni kalau bermasalah , seluruh badan akan terlibat sama dan akhirnya mental jadi tak stabil ! Mudah cepat marah sebab badan sakit ! Dia akan tarik pada bahu seterusnya lengan dan jari jemari. Jika dibiarkan , akan turun ke pinggang dan melibatkan kaki pula ! Fuh... jangan dibiarkan sama sekali !

Di pusat rawatan , Puan Atikah ( pakar terapi yang cukup berpengalaman ) , membuat pemeriksaan terlebih dahulu. Beliau periksa lutut dan kaki aku terlebih dahulu. Alhamdulillah.. katanya takda otot ketat. Semua ok. Kemudian dia pegang bahagian bahu aku. Nah.. sini sakit sangat ! Dia tekan skit jer tapi memang kena pada point ! 

Apa yang beliau buat mudah jer.. Sedikit regangan dan disusuli dengan ultra sound wave treatment. Pergh.... bergetar getar otot badan terutamanya shoulder blade ni. Terasa menusuk ke dalam ! Sakit tapi sedap. Nikmat seperti malam pertama. Eh... ke situ lak aku ! Hahaha.. tapi serius.. memang begitulah rasanya. Kiri dan kanan dia kasi. 


Terapi fisioterapi yang aku buat biasanya dalam sejam ke sejam lebih. Selepas tu, siap laa ! Memang akan kaw kaw punya training di gym. Aku jarang nak main berat. Aku lebih fokus pada HIIT. Satu kepuasan bila seluruh badan akan dapat tekanan. Peluh.. jangan cerita laa.. memang syiok.

Nasihat aku buat mereka yang seangkatan dengan aku ni.. sesekali buatlah maintenance untuk badan. Bukan urut tak sebab urut ni takkan sampai deep muscle kita tu. Sangat berbeza. Sama gak dengan chiropratic.. dia cuma fokus pada sendi. Kalau ada duit , buat la ketiga tiga tu. Kalau takda duit macam aku, fokus pada fisioterapi jer.  Inshaallah membantu.. 

=

Berminat  untuk dapatkan rawatan ? Boleh hubungi terus di 01155532903 ( Puan Atikah ) . 

You May Also Like

1 comments

  1. Teringin nak buat terutama kat bahagian lutut ni. Pernah buat sekali dekat tempat lain tapi jadi balik

    BalasPadam