Anak korang rabun mata ke tak ?

by - Isnin, Disember 23, 2019

Musim persekolahan bakal kembali . Tak lama dah pun. Bagi yang masuk ke Tahun 1 , mesti dah mula pening kan ? Hehehe.. Tak pe , tak pe.. semua ni pengalaman jer.. Satu hari nanti , pasti akan merindui kenangan ni.

Tapi..tapi... apakah korang pernah test mata anak korang ? Haaaa... Kenapa perlu test ? Yeargh... disebabkan gajet ! Ramai anak anak bermasalah dengan mata. Apa jadi bila mereka bermasalah dengan mata ? Di sekolah , mereka tak sedar..yang mereka tak nampak. Bila tak nampak , apa kesannya ? Mereka tak boleh nak belajar dan seterusnya membuatkan mereka hilang tumpuan dan mula tercicir. 

Jangan pandang ringan bab ni. Aku sendiri pakai cermin mata di usia 7 tahun. Kenapa ? Zaman tu , gajet takda pun. Aku bukan kaki tengok tv pun ! Tapi kenapa aku pakai cermin mata ? Sebab aku suka membaca buku cerita di malam hari , di dalam bilik dengan menggunakan lampu suluh ! Kesannya, aku tak nampak di dalam kelas. Dan terpaksa pakai spek. 

Mahal ? Tak pun... Sekarang ni ada banyak pilihan kedai cermin mata dah. Kena pandai cari jer. Kalau tak pandai , memang terduduk la kena sembelih ! Huhuh.. Aku sendiri pun penah banyak kali. Akhirnya , aku dah tau kedai spek mana aku patut pergi. Senang. Bagitau jer apa masalah dan bajet aku, zass ! Tak sampai sejam , siap. Kalau tidak , mau berminggu minggu baru nak siap. Haishh ! 

Tips untuk memilih bingkai dan cermin ,jangan risau ! Korang boleh baca mengenainya di MyHealth. Dan kalau korang nak kedai yang aku bagus , aku leh rekemenkan !

Jangan lupa baca : Cermin Mata Murah

Bawa gi buat pemeriksaan mata. Macam Qhaliff ari tu aku bawak dia check... dia dah ada tanda tanda. Hurm.... Tapi mereka nasihatkan  untuk pakai pun lagi spek.. Lega la dengar.






Kad jaminan. 

Eyes Vision Group

Alamat : Ground Floor G-096, Sungai Wang Plaza, Plaza Bukit Bintang, 55100, Kuala Lumpur
No tel : 0163636464
Waktu Perniagaan: 11pagi - 9 malam ( Setiap Hari)
Follow Instagram : Eyes Vision Group
Facebook :  Eyes Vision Group

You May Also Like

0 comments