Apa yang menarik di Kuala Sepetang Eco Tourism , Perak ?

by - Rabu, Disember 11, 2019


Pertama kali ke sini. Aku tak begitu teruja sebab aku tak tau apa apa tarikan di sini. Aku nak 'dikejutkan' ! Haaa.. Dan sesungguhnya , memang aku terkejut sungguh la. Selama ni aku cuma dengar je yang kat Malaysia ni ada ikan lumba-lumba atau dolphin tapi tak sangka la dapat melihat di depan mata kepala sendiri , sungguh menyeronokkan. Lebih lagi tengok ikan tu berenang bebas !

Segalanya bermula dari Kuala Sepetang Eco Tourism. Korang kena parking di situ . Kemudian boleh menyurusi laluan hutan paya bakau. Nak menginap pon boleh. Ada chalet yang disewakan. Jika nak tengok ikan lumba lumba , kena booking dulu yer. Ada beberapa pakej disediakan. Selain tengok dolphin , leh tengok kumpulan helang terbang bebas , penternakkan ikan dan kerang. Best ! 

Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini yer... Memang menyeronokkan dan boleh hilangkan segala tekanan di pejabat tu ! Huhuh..



Untuk pengetahuan korang , sistem pengurusan Hutan Paya Laut Matang telah berusia lebih 100 tahun ! Kawasan hutan pokok bakau tertua dan diiktiraf sebagai hutan bakau yang terbaik dari segi pengurusan dan pentadbiran hutan.Hutan Paya Laut Matang berkeluasan 101,877 hektar, mempunyai 198 hutan simpanan kekal yang menempatkan pelbagai spesis flora dan fauna dari ekosistem persisiran pantai dan kawasan hutan paya laut. Keindahan panorama dirian bakau yang mempunyai akar jangkang yang unik serta dirian pokok yang seragam akan membawa satu ketenangan yang tidak dapat dilupakan.

Hutan ini mempunyai pelbagai tarikan utama yang menarik seperti Hutan Simpanan Dara (Virgin Jungle Reserve), kawasan proto sejarah di Pulau Kelumpang, Hutan Pelajaran dan Penyelidikan (Eko-Pelajaran), aktiviti menangkap kerang, dapur arang kayu, perkampungan nelayan dan penternakan ikan dalam sangkar. Di samping itu, pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti memancing, berkhemah dan membuat penyelidikan tentang hutan paya bakau.

Kemudahan-kemudahan yang disediakan:

Pentas dan dewan serbaguna
Ruang makan
Tapak khemah
Tapak semaian (Penyelidikan)
Boardwalk
Papan maklumat
Penginapan
Pengangkutan Dalaman (Air)
Surau
Tempat Letak Kereta
Tandas dan Bilik Mandi
Pemandu Pelancong

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:
Pejabat Hutan Daerah
Jalan Muzium Hulu, 34000, Taiping
Tel : 05 - 807 2762

You May Also Like

3 comments

  1. lawanya... sesekali dgn alam best ooi

    BalasPadam
  2. mantap. bila la nak sampai perak ni

    BalasPadam
  3. Haida pun teruja dengar ada Dolphin tu.. walaupun duduk Perak tapi belum pernah pergi

    BalasPadam