Kerana penjahat itu , kami terpaksa mendobi di awal hari !

by - Isnin, Disember 23, 2019


" Apa ? Air tak da lagi ???? " . Respon setelah dapat mesej di whatsapp. Haihhh.. Kerap sungguh la masalah air di Sepang sejak kebelakangan ni. Dan antara punca ialah paip pecah dan pencemaran air sungai ! Paip pecah tu , tak leh nak kata apa la kan ? Tapi pencemaran air sungai ??? Punca dari si lahanat membuang sisa kilang ke dalam sungai , ini yang tak boleh dimaafkan sama sekali. 

Setakat denda , tak sesuai dah di zaman ni ! Kena hukuman lebih tegas. Sebat dan penjara !! Pastu suruh dia bersihkan segala sungai yang dia kotorkan tu... Haa !


Dek kerana takda air... baju tak basuh dua hari. Terpaksa mencari dobi dobi di tempat lain. Kawasan berhampiran , terlibat sama dah. Seperti Putrajaya.. memang dah takda air. Terpaksa mencari di Cheras. Alang alang nak ke rumah mak aku kan ? Singgah terus mana mana dobi yang ada.. Kul 630 pagi dah mendobi. Orang paling awal gitu..

Dan terpaksa la isi air dalam tong tong untuk kegunaan basuh pinggan mangkuk di rumah. Hurm... Menyusahkan sungguh la pengkhianat negara ni ! 

You May Also Like

0 comments