Ejen Ali vs Boboiboy! Aku pilih..

by - Ahad, Disember 01, 2019


Dek ramai kasi 10 bintang, maka aku bawa famili aku layan Ejen Ali The Movie di Alamanda. Teruja memasing terutama Qhaliff.  Zahra nak layan Frozen 2 tapi diutamakan filem tempatan sebagai tanda sokongan !

Show jam 3.10 petang. Panggung penuh. Dan bermulalah cerita Ejen Ali. Permulaan yang menarik. Animasi yang bagi aku sama level cam animasi Tobot. Jalan cerita yang best dan tak perlu dipusing pusing utk kasi jadi lebih panjang ceritanya. Yer, ada cerita.

Cuma bagi aku la.. Ejen Ali ni sesuai utk kanak kanak berusia 7 tahun ke atas. Level Zahra dan Aariz, tak lagi. Diorang akan boring dalam panggung.

Dan bagi aku . Skrip Boboiboy lebih santai dan penuh karektor. Lucu dan sinis  Berbanding Ejen Ali, skripnya lebih kedewasaan..

Apa pun.. Tahniah buat mereka kerana berjaya hasilkan filem animasi  bertaraf dunia. Cuma kalau nak bandingkan lagi dengan Hollywood, belum lagi la.. Bukan apa, aku tgk ada yang kata dah setaraf. Maaf la.. Aku layan animasi lama dah  Bukan nak buat perbandingan pon cuma yer benar.. Kita dah buktikan kita boleh bikin cerita cerita animasi yg bagus serta mempunyai identitu kita sendiri.

Elemen lucu dan dialog yang santai akan buatkan anak anak kita ucapkan berkali kali selepas abis tayangan. 

You May Also Like

2 comments

  1. Antara Ejen Ali n Boboiboy ai choose Frozen. Hahaha! Tapi semua tak tengok lagi.

    BalasPadam
  2. ye betulllllll.. saya sokong abg ben..
    saya lagi prefer boboiboi..

    lepas tu banyak aksi gaduh2..
    tapi dah nama ejen ali kan..terima je la hakikat banyak scene gaduh2..

    BalasPadam