Pallas Jazz , kasut sekolah yang bagus untuk anak kita !

by - Jumaat, Disember 06, 2019

Persediaan awal untuk menaikkan semangat dia kembali ke sekolah nanti ! Hehehe.. Ni pun dah tak sabar nak ke Tahun 2 selepas mencuba kasut baru dari jenama Pallas Jazz ni. Yang sebelum ni pun , dia guna Pallas Jazz gak. Tak pernah komplen pon kaki sakit atau lenguh. 

Kenapa Pallas Jazz gak ? Buat yang tak tau , Pallas ni bukan la sehari dua dalam dunia kasut ni. Lama dah ! Dari aku sekolah dulu , dah wujud Pallas ni. Dan bukan calang calang orang dapat guna Pallas ni ! Boleh tahap jeles tengok kawan kawan pakai woo ! Bukan sebab jenama jer tapi sebab keselesaan. 

Dan sekarang , Pallas Jazz ni harganya mampu milik. Dan yang penting , ianya mementingkan kualiti , keselesaan pada si pemakainya. Bayangkan kita sendiri pun nak pakai kasut yang selesa bila pergi kerja , ni kan pulak anak anak kita yang gi sekolah dan senantiasa aktif di situ. Kena banyak bergerak dan berlari. Pastinya nak kena pakai kasut yang selesa.

Ok.. cukup dah mengimbas sejarah lampau ! Hahaha.. 

Untuk tahun 2020 , Pallas Jazz dah ready dengan dua versi kasut sekolah khas buat mereka yang aktif. 




Bagi aku , kedua-duanya nampak sama dengan yang mana keberatan kasut lebih ringan cuma perbezaan di bahagian dalam tapak dan material atas kasut. Kedua-dua aku ada. Maklumlah, kaki budak budak ni pun sedang membesarkan. Kena cari material yang bagus untuk pastikan mereka selesa memakainya.

Pallas Jazz 205-0196BK 

Jika mereka di sekolah, dan kasut basah mungkin dek kerana hujan sekali pun, akan cepat kering. Material yang digunakan cukup berkualiti walaupun dengan material mesh. Kaki anak anak pun tak berbau jika ada masalah berpeluh di bahagian kaki mereka kerana kasut ini mempunyai sistem pengudaraan yang baik!



Antara kelebihan kasut Pallas Jazz ni selain material ialah pengalasan tapak atau insoles yang khas! Kegunaan pengalas tapak ni adalah untuk memastikan lebih stabil, selesa serta memberi lantunan yang sangat baik ketika berjalan mahupun berlari di atas permukaan yang keras. Jangan ambil ringan part ini yer! Kita sendiri pakai kasut nak selesa di bahagian tapa , ini kan pula anak anak kita.. kan kan ?


Tiba-tiba rasa macam nak pakai lak bila tengok kasut diorang ni ! Hahahaha.. Cam selesa sungguh je rupanya kan ?

Pallas Jazz 205-0165BK 


Manakala kasut di atas ini mempunyai “foam” yang lebih tebal untuk perlindungan tapak kaki. Selain itu kasut ini sangat ringan dan sesuai untuk anak-anak yang aktif di sekolah! Pakai sepanjang hari pun tak rasa letih dan baik untuk tumbesaran kaki anak-anak!!!


Tapak kasut juga penting. Tidak terlalu keras namun mempunyai cengkaman yang baik terutama di jalanan yang licin. Setakat Qhaliff pakai , dia tak pernah mengadu tergelincir bila bermain di sekolah. Alhamdulillah.. berguna juga buat dia.  Korang rasa camana ? Rasa rasanya Pallas Jazz ni menyakinkan anak anak korang tak ?

Kalau  nak beli secara online , boleh terus ke web mereka iaitu di www.pallas.com.my dan juga di www.wow2wee.com .Di Aeon pun ada jual kalau malas nak beli secara online. Hee.. Dan jika korang tinggal di area Kuala Lumpur , boleh juga dapatkan di Sogo , Mydin dan Parkson juga.. 





You May Also Like

12 comments

  1. yeay kasut pilihan ramai. memang suka guna kasut pallas ni ^_^

    BalasPadam
  2. Kasut yang menjadi pilihan sejak dulu dan sekarang ni menurun kepada anak-anak pulak.

    BalasPadam
  3. jenama yag sudah diperakui juga tu

    BalasPadam
  4. Pallas memang pilihan terbaik untuk anak-anak. Design cun harga berpatutan, kualiti memang tahan lasak. Puas pakai..!!

    BalasPadam
  5. Memang pilih pallas sebab selesa yakmat untuk kaki anak²

    BalasPadam
  6. Kasut pallas, nad pun pakai masa skeolah dulu.. Hehehe.. Jenama legend ni..

    BalasPadam
  7. Kasut Pallas memang elok, anak² memang dari dulu memilih kasut Pallas.

    BalasPadam
  8. Tau tak apa beza Pallas Jazz 205-0196BK dengan Pallas Jazz 205-0186?
    I tau beza 0186 dengan 181. 186 lighter, tapak lebih gengaman, lebih mahal

    BalasPadam