Batuk selsema, aku tak buat memain!!

by - Disember 13, 2019

Pengajaran pengalaman lalu.. Jgn biarkan mereka batuk berkahak terlalu lama. Balik dari trip Taiping, wife demam. Kemudian anak anak lak demam. Hinggakan aku terpaksa batalkan trip ke Pulau Tuba. 

Takpe la . Famili. 

Dua tiga hari ni, diorang berselsema lak. Disusuli dengan batuk. Mulalah tak tidur lena memasing. Sian.. Dan aku mula demam. Cepat cepat amik ubat demam. Nak elak melarat. Bukan apa.. Aku demam pun, tetap kena jaga anak anak. Wife banyak kerja di pejabat. Dah lama sangat cuti ari tu. 

Ubat klinik dah kasi tapi batuk makin kuat. Selsema pun. Dan untuk elak kejadian yang pernah menimpa Zahra, aku ajak wife bawak diorang ke Sonotron Bangi. Kat situ  alternatif terakhir. Kalau tak menjadi, memang gi hospital la.. 

Dah bertahun dengan Sonotron ni. Alhamdulillah  serasi.. 





Lepas Jumaat tadi . Di rumah . Masing masing mula mengantuk.. Masih lagi kasi ubat demam dan batuk. Sonotron tu untuk pecahkan kahak di dalam dada tu jer..

Kesan selepas Sonotron akan kelihatan.. Bukan terus hilang tau.. 


Oh ya.. Kenapa dengan Zahra ? Dia pernah kena jangkitan paru paru.. Lama sangat batuk selsema.. Masuk wad gitu.

You May Also Like

1 comments

  1. memang menakutkan..
    anak ammi yg paling kecik tu dulu mmg kena lung infection jugak sebab demam & batuk yg lama. tahap oxygen dah level2 bahaya...terus masuk redzone kat emergency. alhamdulillah mujur pantas dan kembali pulih after nearly 7 days kat hospital.

    BalasPadam