Menarik di Bandar Taiping, antara bandar bersejarah di Malaysia !

by - Disember 07, 2019

Taiping, antara bandar yang sering aku lintasi jika aku nak ke utara. Tapi.. tapi... tapi.. aku tak pernah berpeluang menerokai bandar ini. Bagi aku , Taiping cuma sebuah bandar lama di Malaysia. Tarikannya, cuma lebih pada sejarah sejarah lampau yang melibatkan biji timah saja. 

Tetttt ! Kau salah , Ben Ashaari ! Kau salah sama sekali !!! 

Alamak ! Ye ke ?? Hehee.. Yer , aku akui aku salah. Sebab tu aku terima pelawaan mengikuti team Tourism Malaysia Wilayah Utara ke Taiping ini untuk menerokai bersama sama mereka akan keunikan , keistimewaan dan keindahan bandar Taiping ni. 

Untuk memudahkan pengerakkan , ETS menjadi pilihan mereka yang gemarkan berkembara dengan lebih adventure dan menyeronokkan. Ditambah lagi ETS sudah lebih efisien dengan coach baru serta lebih moden dan terkini. 

Perjalanan dari KL Sentral ke Taiping cuma memakan masa lebih kurang 3 jam. Dalam ETS , layan lagu dan lena diulit mimpi.. Hehehe... Tau tau.... sampai dahh !! Yearghhh...

Jangan risau.. Korang boleh makan, minum  solat dan tandas yg cukup selesa di atas ETS ni. Boleh jalan jalan ke coach lain jika nak regangkan badan..

Baca juga : Mudahnya kembara bersama ETS 





Ok... Pengeledahan bermula ! Ke mana dan apakah yang menarik di Taiping ? Nah... aku sendiri telah menjejakinya dan bermula dengan...

Kita baca dulu sedikit mengenai bandar Taiping  Perak ini yer.. 



Info  :  Taiping diiktiraf sebagai bandar warisan apabila Majlis Perbandaran Taiping (MPT) menyenaraikan 31 bangunan dan tempat di bandar itu sebagai tertua di Malaysia. Bandar Taiping merupakan ibu kota heritage juga bagi daerah Larut, Matang dan Selama. Sebelum 1937, Taiping merupakan ibu negeri Perak. Nama lama Taiping ialah Klian Pauh. Klian bermaksud lombong. Pauh pula ialah sejenis buah mangga bersaiz kecil.

Taiping bermaksud "Aman" atau "Damai" atau maksud penuhnya "Keamanan yang abadi" dalam bahasa Cina. Tercetus dari pertelingkahan puak-puak kongsi gelap pendatang Cina[6] yang melakukan aktiviti perlombongan bijih timah di daerah Larut iaitu Ghee Hin dan Hai San, yang begitu ramai di Kelian Pauh ketika itu. Persatuan kongsi gelap dari dua puak ini telah bertelingkah kerana lombong bijih timah dan jalan air. Setelah mendapat kata sepakat untuk berdamai, Taiping telah dipilih sebagai nama baru bagi bandar di daerah Larut.

Bandar Taiping  bandar Taiping telah dibangunkan pada sekitar tahun 1880-an oleh penjajah Inggeris kerana daerah ini kaya dengan sumber hasil bijih timahnya di sekitar Sungai Larut. Sebelum kedatangan British, daerah ini (pada masa dahulunya dikenali sebagai Jajahan Larut) telah ditadbir oleh Menteri Larut iaitu Dato' Long Jaafar yang telah diberi kuasa oleh Sultan Perak pada ketika dulu untuk mentadbir jajahan ini. Long Jaafar telah membina pusat pentadbirannya di Bukit Gantang dan menjadikan Kuala Sungai Limau di Trong sebagai pelabuhan utama Jajahan Larut.

Pada 1874 setelah British menjajah negeri Perak sejurus Perjanjian Pangkor ditandatangani di Pangkor, Jajahan Larut telah ditadbir oleh Kapten Speedy sebagai Penolong Residen British. dan pada tahun 188 ibu negeri Perak dipindah dari Bandar Baru ke bandar Taiping setelah J.W.W. Birch dibunuh oleh Dato' Maharaja Lela di Pasir Salak pada tahun 1875.  Taiping tidak lagi menjadi ibu negeri Perak. Ipoh dipilih sebagai ibu negeri kerana terletak di tengah-tengah negeri Perak pada tahun 1937.

Taiping terletak di atas muka bumi yang tinggi terutamanya di bahagian Bukit Larut. Gunung Hijau (1448 meter) adalah gunung tertinggi di sini. Bandar merupakan tempat paling kerap menerima hujan yang lebat, hampir 320 hari setahun. Lantaran itu muka buminya basah terutama di Taman Tasik Taiping. Hujan yang diterima ialah jenis hujan bukit iaitu dari Banjaran Bintang di sebelah Timur. Namun begitu Taiping tidaklah dilanda banjir kecuali kawasan paya bakau di sebelah Barat.

Apa ada di Taiping ? Jom ikut aku.... 3 hari 2 malam menerokai keunikan Taiping !

Antong Cafe Mill 

Dikenalpasti sebagai antara pelopor kilang kopi yang pernah wujud di Malaysia dan ianya masih lagi beroperasi sehingga ke hari ini dengan mengekalkan cara pemprosesan yang asli bagi memastikan hasil yang bermutu tinggi.

Kopi ini dikenali dengan nama Kopi Aun Tong bagi penduduk setempat di Taiping Ianya bermula pada tahun 1933 dan diusahakan oleh mendiang Encik Tiah bersama-sama dengan sahabatnya iaitu seorang lelaki Melayu yang bernama Ahmad. Pada mulanya Encik Tiah membuka sebuah kedai kopi yang menjual kopi buatannya sendiri dan telah menjadi kegemaran masyarakat setempat pada waktu itu.

Encik Tiah telah mencipta resepi kopi O original dengan menggunakan biji kopi tempatan yang diambil dari Banting, Selangor. Biji kopi ini kemudian diproses dan dicampur dengan sedikit gula dan beberapa bahan rahsia tersendiri untuk melengkapkan resepi kopi azimat mereka.

Setelah Encik Tiah meninggal dunia, kilang kopi ini kemudian diwarisi pula kepada anak lelakinya. dan sekarang diuruskan oleh cucunya yang bernama Encik Tian. Biji kopi yang digunakan masih lagi biji kopi yang diambil dari Banting dan telah dicampur dengan beberapa jenis biji kopi yang lain yang diimport dari negara Brazil dan juga Indonesia.

Selain menghasilkan campuran kopi O asli, Antong Cafe Mill mengeluarkan beberapa jenis produk yang lain seperti pracampuran kopi O 3 dalam 1, pracampuran kopi putih 3 dalam 1, durian dan pelbagai lagi. Pemilik kilang kopi ini telah membuat penjenamaan semula produk kopi mereka dengan memberi nama kopi Antong.






Facebook : https://www.facebook.com/antongcoffee/

Taman Tasik Taiping

Taman Tasik Taiping adalah sebuah bekas lombong bijih timah. Taman seluas 62 hektar ini menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara untuk melawat Taiping. Taman ini merupakan taman tasik yang paling awal dijadikan taman rekreasi di Malaysia dan telah diiktiraf sebagai taman awam yang terindah di Malaysia.

Antara tarikan utama di sini ialah pokok-pokoknya yang berusia lebih dari 100 tahun ! Sering menjadi tumpuan bagi rutin rekreasi serta keluarga, pengunjung juga berpeluang melakukan aktiviti seperti mengayuh bot dan basikal, ‘swan paddle boat’ serta mendaki Bukit Larut.

Masuk adalah percuma.








ATV-  Adventure Park Larut

Bagi pengemar sukan ATV , di sini menyediakan trek trek yang mencabar dan asli. Disamping menguji skill mengendalikan ATV , korang boleh menikmati keindahan alam semulajadi di sini. Krew ATV Adventure Park Larut memang gempak la. Sangat peramah dan membantu. Jangan risau untuk mencuba ATV di sini. Pasti menjadi kenangan terindah buat korang. 




   


Ok... ada banyak lagi ni nak diceritakan ! Tunggu dan pastikan aktiviti atau tempat tarikan di atas di masukkan ke dalam senarai idaman pelancongan korang untuk akan datang ! Oh yaa.. Kalau tanya aku mana nak stay paling dekat untuk kedua dua aktiviti ni , aku cadangkan korang stay di  Hotel Grand Baron. Harga penginapan untuk semalam sangat berbaloi.


Facebook : Hotel Grand Baron

Apa lagi yang menarik ? Ahaaa.. nanti aku cerita pasal Night Safari di Zoo Taiping ! Anak anak korang mesti suka la.. Kenapa kena inap sini ? Sebab malam kena gi zoo dan siang pun kena gi ! Best dan bersih zoo ni !


Sumber :

Bandar Taiping - Wikipedia 
Antong Cafe Coffee Mill - OrangPerak.Com
Taman Tasik Taiping - LamanArtikal DBP

You May Also Like

12 comments

  1. Banyak jugak tempat best kat sini .. Nnti nak p lagi .. Taman tasik taiping mcm best ja klo nak ootd hahaha

    BalasPadam
  2. Alamak...!! Kita pun salah anggap rupanya. Kena explore Taiping laaaa pasni

    BalasPadam
  3. Fuhhh...satu perkongsian yang sangat padat dengan informasi.

    Steady Mr Ben

    BalasPadam
  4. Suka gila pergi taman tasik taiping ni.. Pokok2 dia tu horror ala ala fefeeling cerita hantu sangat hehe

    BalasPadam
  5. Baru tau maksud taiping tu.dah try kueytiaw dolly? Situ famous jugak

    BalasPadam
  6. Taiping pun dh ada macam2 sekrang

    BalasPadam
  7. wah bestnya, nak pergi zoo negara lagi

    BalasPadam
  8. bulan 5 ritu ada pergi taiping tengok dolphin tp tk smpai jejak yang adv tu lagi

    BalasPadam
  9. Wahhh menarik jugak Taiping ni, tak pernah lagi sampai ke sana.

    BalasPadam
  10. Kampung saya ni. Mesti la besttt

    BalasPadam
  11. Taman tasik taiping lawa, tenang ja situ

    BalasPadam
  12. Woww, menarik jugak kat taiping. Dulu2 masa study pernah juga pergi taiping. Lepas study langsung tk pergi dah.

    BalasPadam