Mudahnya kembara dalam negeri mengunakan ETS ! - BEN ASHAARI

Mudahnya kembara dalam negeri mengunakan ETS !

Alhamdulillah.. selesai dah trip singkat aku bersama Tourism Malaysia ke Baling-Kulim, Kedah. Satu pengalaman yang aku tak jangkakan sama sekali. Bukan apa.. walaupun kampung aku ada nun di Utara sana tu tapi masih belum sempat aku nak terokai tempat tempat menarik di sana dan sesungguhnya, sangatlah banyak dan menarik sama sekali ! Terima kasih kepada Tourism Malaysia atas peluang ini. 

Dan yang menarik perhatian aku ialah ETS atau Elektric Train Service ! Ini pertama kali aku menggunakan ETS dan kali kedua aku menggunakan keretapi untuk perjalanan jauh. Kali pertama , ketika aku berusia 7 tahun ! Nahhh.. sekarang aku dah berusia 23 tahun ! Cuba bayangkan berapa lama punya kenangan dan masih terbayang sekeping gambar aku bersama keretapi sewaktu itu. Apa ? Tak percaya aku 23 tahun ? Tu bukan masalah aku. Tak nak caya dahh ! Lalalalala..

Ok.. Pergi dan balik bersama ETS . Masa pergi tu , turun di Sungai Petani dan balik ke KL Sentral semula, di Bukit Mertajam. Dan perlu tahu , ETS sampai tepat pada masanya ! Jangan lewat atau terpaksa tunggu ETS yang berikutnya ! Berjam jugak la nak tunggu tu.. Haaa ! Lebih baik awal dari tertinggal ETS.










Dalam ETS ni  ada kemudahan seperti cafe untuk makan dan minum, tandas yang besar dan bersih , surau dan tempat letak beg yang luas. Ruang tempat letak kaki juga selesa. Dan sesungguhnya , korang tak terasa jauh pun perjalanan bila guna ETS ni. Tau tau dah nak sampai ! Haaa ! Soket untuk charging gajet , laptop juga disediakan. Percuma jer ! 

Ok.. gambarajah di bawah ni adalah laluan ETS yang mempunyai banyak stesen.  Untuk jadual perjalanan , korang boleh tengok di SINI. Aku tak nak letak sebab jadual mungkin berubah dari masa ke semasa. 

Manakala untuk pembelian tiket atau harga tiket , boleh download aplikasi KTM Mobticket di PlayStore atau di www.ktmb.com.my



Dan yang terbaru ialah Kelas Perniagaan atau Business Class yang pastinya menjadikan ETS sesuatu yang istimewa. Bukan apa.. ada orang nak keselesaan tanpa gangguan. Boleh berehat menikmati permandangan di cermin sisinya , kan ? Atau nak berehat sepanjang perjalanan. Haa.. bolehlah guna Business Class ni.

Akhir kata.. ETS adalah pengangkutan darat yang sangat berbaloi buat kita semua. Bergerak dari satu bandar ke satu bandar dengan kelajuan yang takkan disaman oleh polis trafik adalah sangat menarik sekali. Tau tau dah sampai ! Anak anak pun tak puas nak melepak dalam tu. Hehehe.. 

Semoga ETS akan lebih berkembang dan lebih banyak bandar dapat manfaatnya ! 






11 ulasan:

  1. Kalau gi KL memang selalu naik ETS. Malas nak drive

    BalasPadam
  2. I selalu naik ETS bila balik kampung ngan anaka anak, selesa & on time. Tak yah risau nak hadap jammed kat highway.

    BalasPadam
  3. Dah lama tak g jalan jauh naik ketapi.

    BalasPadam
  4. Perghhh.. Bolehla p kedah lepas ni guna ni.. Haha.. Rindu kedah.. Tempat study kita..

    BalasPadam
  5. bestnya, lajuuuu. Bape l;ah kelajuan ets ni ekk. Baguslah,dapat pendekkan masa perjalanan. Bila lah nak siap ETS di Kuantan ni satuuu. HHuuuu

    BalasPadam
  6. rasa macam kat jepun lak hehehe... best kalau ada plug , surau and tmpt kaki selesa ...

    BalasPadam
  7. xpernah naik ets..macam best!

    BalasPadam
  8. Best owhh.. Bilo la blh naik ets

    BalasPadam
  9. Best naik ETS sebab senang nak ke tandas berbanding bas yang kena berhenti di RnR

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.