TollyJoy berkongsi membantu ibu bapa meniti perjalanan bersama si kecil ! - BEN ASHAARI

TollyJoy berkongsi membantu ibu bapa meniti perjalanan bersama si kecil !

Baru-baru ini aku hadiri perasmian ‘Partners in Parenting’ di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor , Jaya One. Satu majlis santai tapi sangat bermanfaat. Kenapa ? Hehehe.. Aku kan seorang ayah kepada 3 orang anak .Pastinya di sini  ada perkongsian mengenai penjagaan bayi dan kanak kanak oleh mereka yang bertauliah juga berpengalaman... 

Majlis yang turut disertai oleh YB Puan  Hannah Yeoh selaku Timbalan Menteri, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat , Puan Suzliana Abd Hamid, Timbalan Pengarah PPAS, Puan Nor Aishah Osman, Pemegang Amanah OrphanCare serta Encik Mark Tan and Puan Khor Geok Kee, Pengarah Tollyjoy Corporation.   

Untuk pengetahuan rakan rakan pembaca , ‘Partners in Parenting’ ialah acara utama yang seiring dengan sambutan Hari Bayi Tollyjoy 2019. Hari Bayi bakal diraikan buat kali ke-5 pada tahun ini sejak pelancarannya pada tahun 2015. Tahun ini, ‘Partners in Parenting’ akan membincangkan pelbagai topik merangkumi sebelum dan selepas kehamilan, kesihatan bayi dan anak kecil, serta bagaimana untuk mengimbangi peranan sebagai ibu selepas kehamilan. 

Bagi aku , apa yang dilakukan ini sangatlah bagus kerana mereka memfokuskan pada pengalaman dan pengetahuan sambil membina ‘rangkaian sokongan ibu bapa’ yang bertujuan untuk membantu ibu bapa muda meniti perjalanan membesarkan dan menjalinkan ikatan yang erat bersama bayi mereka dengan sokongan daripada pakar pakar yang berpengalaman. 



YB Puan Hannah Yeoh turut berkongsi pengalaman serta memberikan pandangan mengenai dunia keibubapaan berdasarkan pengalaman peribadi. 

Perkongsian dari Ben Ashaari ( eh , aku le tuu ) menceritakan bagaimana dia membesarkan 3 orang anak di mana ketika awalnya , sangatlah takut bila dengar perkataan BABY ! Hahahaa... Tapi bila BABY di tangan , automatik  ianya hadir dan semangat untuk besarkan anak anak semakin berkobar kobar. 

Bapa ' berpantang ' Mr. Alan Oh , berkongsi pengalaman bagaimana dia menjaga isterinya ketika berpantang yang mana tidak ramai suami mampu lakukan. Dia mempelajari amalan berpantang semata mata untuk menjaga isterinya sendiri ! Sesungguhnya ketika inilah , kenangan manis tercipta diantara si ayah , ibu dan juga anak ! 

Pendapat peribadi aku.. perkongsian serta pertukaran ilmu begini sememangnya patut dititikberatkan memandangkan zaman sekarang ni , anak anak lebih membesar di rumah pengasuh dek kerana mak ayah terpaksa mencari rezeki dan ini juga membuatkan ramai orang tidak berminat untuk mendirikan rumah tangga kerana ketiadaan masa terhadap penjagaan anak anak ! Sebenarnya tiada masalah pun bab ni ! Cuma kena ada ilmu mengenainya saja ! 


Jutaan Terima Kasih buat : 


1 ulasan:

  1. Wow, this is really interesting reading. I am glad I found this and got to read it. Great job on this content. I like it. Looking for some inspiration for your next trip? Find great vacation ideas and inspiration from Things to do, your source for the web's best reviews and travel ...

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.