Sokong isteri bersenam ! - BEN ASHAARI

Sokong isteri bersenam !

Sesungguhnya , menjaga kesihatan adalah dituntut oleh agama Islam. Eceh.. dia punya intro , dah tau dah nak cerita pasal apa , kan ? Takda la.. Baru baru ni , wife aku sibuk nak bersenam. Dulu zaman bujang , rajin berjogging di taman. Dah beranak pinak ni , tak sempat dah katanya. Nak buat tapi sian anak anak kat rumah.

Kat tingkat atas rumah aku, memang aku dah buat mini gym. Siap ada treadmill Reebok lagi ! Kalau tak sempat nak berlari di luar rumah, lari je dalam rumah. 15-30 minit , 2 ke 3 kali seminggu. Dapat hari hari lagi bagus sebenarnya. Aku dah kasi lampu hijau pon. Buat setiap kali balik kerja atau pun awal pagi sebelum subuh. Selesai tu, solat subuh la kan ? Haaa... Pastu bersiap gi kerja. Nah.. cergas je rasa badan tu. 

Tapi rasanya treadmill saja tak cukup.. semalam , aku ajak dia gi Fitness Concept di Alamanda. Asalnya aku nak tengok Samsung Note 11 dan Iphone 11. Tapi dek harga yang cam.. hurm.. tak mampu nak dibeli dan rasa membazirjer maka aku batalkan je nak amik.. buat masa kini ! Hahaha.. Dan terus ke Fitness Concept. 

Ada dua barang di situ menarik minat aku sangat sangat. Satu , yang mana aku je boleh guna. Tapi barang ke dua ni , semua orang leh guna. Dan sememangya aku nak buat mini gym ni adalah untuk aku dan keluarga aku guna. Nanti Qhaliff ,Zahra dan Aariz bila dah meningkat usia , diorang boleh bersenam di rumah terutamanya jika mereka nak bersukan.. Boleh berlatih di rumah dulu. Kan ?? 

Aku suruh wife pilih.. Dia takut tengok harga stepper ni tapi yang lain tu aku rasa cam tak berbaloi je kalau nak amik. Yang ini bagus sikit. Bayar ansuran jer. 2 tahun . Ok la... kasi fit skit badan tu. Bila badan sihat , muka kelihatan berseri kan ? Setakat nak beli handphone pastu berselfie dengan muka mekap dan bertopeng tu wat pe. Sekadar nak tarik LIKE tinggi jer.. hakikatnya ?


Ok siap ! Sabu ni hantar. Ikutkan Khamis dah nak hantar tapi aku takda di rumah lak. Kena kerja luar lak hari tu. Tu pasal minta hantar hari lain. Dan mintak juga mereka hantar juruteknik untuk servis treadmill aku tu. Kena jaga untuk elakkan rosak. 

Wife... tak sabar nak mula membakar lemak lemak di perutnya. Huhuh...maklumlah , beranak 3 dah.

8 ulasan:

  1. wah...bgus sama2 bersenama kan sihat

    BalasPadam
  2. bagus aben.Sama-sama jaga aurat isteri. Kat rumah pon memang boleh je bersenam.Antara malas dengan rajin je.Ehehehe, Ina pon gitu gak dulu. Selalu fikir nak bersenam kat luar je.walhal di rumah pon masih boleh je nak workout ni semua.

    BalasPadam
  3. Sama-sama menuju ke arah hidup lebih sihat..terbaiklah..

    BalasPadam
  4. Bagua! Kena ada sokongan morak Suami baru Isteri ada semangat nak bersenam...kadang ada geng, bersenam sekali pun best gak...

    BalasPadam
  5. Fuhhh bestnya kat umh pun da boleh bersenam..

    BalasPadam
  6. Such a very useful article. Very interesting to read this article.I would like to thank you for the efforts you had made for writing this awesome article. Search Twitter to find the latest news and world events faster. Find popular accounts to follow, like and share Twitter search

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.