Nak turunkan berat badan ? Meh.. aku share skit tips ni !

by - Selasa, Oktober 01, 2019

Masalah aku bila travel ialah sembelit ! Terlampau banyak makan pastu membuang tidak begitu lawas. Faktor umur ? Hehehe.. mungkin ! Tapi masalah ni tidak timbul bila aku di rumah. Sebab apa? Kat rumah , aku jaga makan. Bila travel , susah nak jaga sebab kena guna banyak tenaga maka kena banyak makan. 

Alasan baek punya kan ? Hahahah.. walhal bila travel , banyak makanan sedap sedap ! Takkan nak tengok je kan ? Rugi laaa nak oiiii. Tapi kesannya , perut kembung semacam jer. Sangat tidak sedapkan badan.

Ok ok... Ini yang aku perasan la. Setiap tahun di bulan September , badan aku umpama masuk ke musim luruh ! Abis luruh bentuk badan aku ni ha ! Hahaha.. Tiba tiba membuak naik dan nafsu makan semacam punya berselera ! 

Dan tahun ni , aku bersedia. Yup... Aku mulakan dari trip ke Pulau Pinang hari tu. Di sana , memang aku makan kaw kaw punya ! Walaupun aku cuba menghalang diri aku dari makan , tapi tak terdaya ! Giler kauuuu.. makanan sedap sedap depan mata , pastu nak tengok jer ? Adeh... 

Seperti dijangka.. awal pagi hari memang aku akan membuang tapi tak begitu memuaskan hati ! Namun aku tak risau.. aku dah bersedia. Cuma bukanlah ketika travel... hehehe.. aku akan lakukan di rumah nanti ! 

Tadaaa ! Yup... Finesse D' Pro ! Walaupun aku bawa travel ketika tu tapi rasanya lagi syok amalkan ketika aku mula kembali berdiet !  Masa travel tu , aku balun apa saja aku teringin nak makan. Tapi bila berdiet nanti , aku kena amalkan senaman serta jaga pemakanan disamping mengambil Finesse D' Pro yang membantu aku dari sudut meningkatkan kadar metabolisma bagi membantu pembakaran lemak yang mana korang perlu tahu, makin berusia kita makin rendah metabolisma badan  melainkan cara pemakanan kita tu betul dan berkhasiat dan juga Finesse D' Pro turut membantu melawaskan perut aku ni ha ! Senang membuang di pagi hari gituuu.. Zaasss.. clear !! Perghh.. ringan badan ! 



Dalam bentuk sacher berserbuk. Bila korang beli Finesse D' Pro , korang akan dapat juga shaker yang mana mudah untuk korang bancuh dan kocak. (Oh ya , shaker ni terhad tau. Kena cepat cepat beli ). Tak sampai 15 saat , selesai untuk satu bancuhan. Korang juga boleh bancuh 2 sachet untuk kesan optimum tapi air mestilah dalam 400ml. Kena banyak air. 

Cara amik mudah jer. Boleh minum sebelum tidur atau pagi hari selepas sarapan pagi. Senang jer .. kan ? 

Kandungan tiada steroid. Hanya melibatkan buah-buahan saja. 

Harga yang munasabah. Aku tak markup ok !! Haaaa.. terang terang ada tertera kat situ. Heee.. Tapi jangan risau ! Ada juga pek trial jika korang nak mencuba terlebih dahulu. Kot la ada yang dok kata tak sesuai ngan tubuh badan dia atau nak test drive dulu.. Boleh je beli pek trial dengan harga RM29.90 jer. Pastu tengok la hasilnya. Ok ke tak ? Bagi aku, jika kombinasinya betul.. berbaloi nak oiii ! 


Taknak kurus sangat. Ada perut skit lambang aku laki orang ! Kang semacam punya sado, letih kena ngorat woi ! Risau tergugat iman gak nanti. Haaa... Mau masuk spital aku dibuatnya dek kerana stress ! Hahahaa.. Gurau jer.. 


Ok, part ni ramai yang selalu sangkut. Minum saja tak mencukupi yer ! Perlu tahu yang Finesse D' Pro ni hanya membantu tau ! Segalanya terpulang pada korang juga . Kena jaga makan , banyakkan senaman dan amalkan gaya hidup yang positif dan sihat. Baru menjadi. Kalau amik suppliment tapi makan tak jaga.. malas nak bersenam tapi harap keputusan positif , tu melampau la ! Aku pun nak gitu. Jalan mudahhhh ! Tapi semua orang tau.. jalan mudah ni ada kesan sampingannya ! Maka , pilihan di tangan korang ! 

Okeh.. masa nak berlari atas treadmill. Heheheh.. Badan dah ringan. Syok membuang awal pagi tadi. Berlari pon sodapppp ! 

Sesuai untuk semua jantina. Berapa banyak jantina ada eh ? 2 je kan ? Ok.. tukar.. Sesuai untuk lelaki dan perempuan ! Haaaa... Comey gitu. 
Selamat mencuba. Jangan tak cuba , ok ! Kang jeles tengok aku slim melim !

Jika ada masalah , jangan hubungi aku. Terus hubungi mereka di : 








You May Also Like

5 comments

  1. betul senain consume minuman detox nie. kena rajin bersenam dan kawal pemakanan harian. baru nmpk kesannya.

    BalasPadam
  2. Garcinia Cambogia tu memang femes, sebab rata-rata juju tengok kandungan yang buat cepat turun berat badan kalau ada kandungan ini. Pernah tonton di TV.

    BalasPadam
  3. Patutlah maintain balik lepas balun nasi kandaq semua. Ini rahsianya ye

    BalasPadam
  4. produk ni mmg membantu tp kita sndiri kena la usaha jaga makan. kalau makan pun xjaga..ksihatan tak jaga..tak boleh jgk

    BalasPadam