Dapat jugak aku pergi Swansea Univesity ! - BEN ASHAARI

Dapat jugak aku pergi Swansea Univesity !


" Ready Aariz ? Daddy cakap , Aariz taip eh ? ".

Ok.

Begini...

Aku dapat tawaran ke Swansea University bersama ex boss aku di Kementerian Pelancongan dulu, Puan Dayang Balkis. Ahaaaa.. Best giler !! Kena pulak sekarang musim sejuk kat sana. Perghhh... Syok syok.. 

Apa aku buat kat sana ? Aku ada makan malam bersama pelajar di sana ! Pergh.. dah jadi ala ala Perdana Menteri pulak aku eh ? Siap ada makan malam bersama pelajar gitu. Ko ada ?? Hahahah.. Sabar sabar.. aku sambung cerita.. 

Di sana.. permandangannya cukup menawan. Cukup cantik . Rasa cam nak menangis je tengok keindahan di sekitar univerisiti.  Tiba-tiba rasa menyesal tak belajar kat oversea dulu tapi rasa menyesal tu tolak ke tepi sebab tau mak bapak tak mampu. Aku tak nak diaorang sampai tahap golok gadai demi aku nak ke luar negara. Eceh..

Ok sambung.. Dan ada satu kejadian melucukan ketika di dalam perpustakaan. Ketika tu aku dibawa melawat kawasan kawasan di universiti. Apakah yang berlaku ? Aku secara tak sengaja terusik satu dinding di sana dan menyebabkan gambar salah seorang pensyarah beratus tahun dahulunya punya , jatuh ke lantai. Hahahaha.. Aku kalau tak clumsy ,memang tak sah laaa ! Terutama tempat tempat baru.  Muka aku terus terkulat kulat ! 😶😣

Dan ketika makan malam berlangsung , aku cam.. erk ! Hahahaha.. Tak tau la perasaan aku ketika tu. Segan giler pun ada. Duduk bersama pelajar pelajar lelaki. Dalam hati cam.. Er , apa aku nak cakap ni eh ? Takkan nak melantak jer ? Hahaha.. Bengong la.. 

Lepas makan , aku gi lepak luar. Amik angin. Tengok gunung ganang.. Cantiknya ! Subhanallah. Aku keluarkan handphone dan amik gambar. Bila aku selfie , sesuatu yang ganjil berlaku. Gunung ganang kelihatan senantiasa berubah rubah. Aku cam... pelik ! 

Tanya pada student yang menemai aku. Katanya sememangnya gunung kat sini senantiasa berubah bentuk. Itulah keistimewaan di sana. Aku cam.. wowww ! Biar betik ????? Tapi yang pastinya kesejukkannya membuatkan aku mengigil ! Terlalu sejuk. 

Dek kerana terlalu sejuk , aku pun terjaga dari tidur ! Arghhhh.. patutlah ! Aircond on. Kipas on dan di luar rumah , hujan lebat. Dan bestnya , aku tak berselimut walhal sebelum tu aku pakai selimut dan matikan aircond.  !!! Aku tengok Zahra di sebelah aku. Dia kebas semua selimut weh !! Hahahaha.. Aku tarik balik selimut. Tahap mengigil aku. Kipas dan aircond , aku matikan. 

Sambung tidur.... mimpi nikah pulak.. Ok , ni tak pe.. 


" Dah abis ke , daddy ? Nak gi tandas.. muntah hijau jap.. " 

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.