Dato' Ahmad Zaki buktikan usia bukan penghalang jadi Badang !
Aku follow Dato' Ahmad Zaki Jinlapudin ni lama dah. Teruja dengan sukan yang dia sertai. Aku nak join, rasa rasanya terlewat sangat dah ! Angkat tayar stroller anak pun dah sakit pinggang ! Hahaha.. Ahaa... lupa lak.. Dato' Ahmad Zaki ni berkecimpung dalam sukan strong man ! Dan tahun ni, kerap aku tengok dia masuk pertandingan. Hahahaha..
Yang paling aku teruja ialah semangatnya ! Berkali cedera malah sering dikritik namun semangat juangnya tak pernah putus ! Dan akhirnya , baru baru ini bertempat di Labuan Strongest Man Challenge 2019 ,juara adalah miliknya. Untuk kategori 95kg ke bawah.
Berusia 35 tahun , Dato' Zaki seorang yang cukup berdisiplin dalam menjalani latihannya. Cuti bila badannya terlalu penat. Jika tidak , beratus kilo dia akan angkut setiap hari ! Huhuhu. Tak mampu aku weh !
Untuk pengetahuan korang , Dato' Zaki juga ada buat kelas fitness dan juga pelbagai kelas untuk penjagaan kesihatan ni ! Nanti follow Fb dia untuk dapatkan info eh..
Facebook : https://www.facebook.com/zkstrongman
2 comments
eh sama umur plak dgn dato ahmad zaki. hehehehe
BalasPadambtul..usia bukan penghalang kita nk buat apa2 jnis perkara pun..
BalasPadam