Aku ingat orang perempuan jer kena menyental celah celah !

by - Ahad, Oktober 20, 2019


Aku tonton ... er, tertonton yer ! Satu video kecantikan made in Malaysia baru baru ni. Yang buat video tu, aku rasa mesti founder satu produk atau owner spa..gitu gitu la rasanya ! Mula mula video pasal senaman. Cara cara menegangkan kembali payu dara yang kendur khas buat ibu ibu menyusu. Aku kena amik tau gak ni. ! Bini aku dah 3 kali menyusu ! Tak sempat nak tegang, dah mengandung balik ! Tak tau laaaa salah sapa ! 

Nah, ini ilmu ! Bukan perlu malu gitu.. Memandangkan aku pun dalam bidang fitness gini, maka ini perlu amik tau. Kemudian cara cara nak menegangkan kembali punggung. Ok ni, tak yah ! Bini aku tak payah ! Kang gi kerja, tak tenang aku kat rumah dibuatnya. Ada jugak aku suruh berjubah labuh gitu laaa.. 😂😂😂😂

Ok...pastu tengok satu video . Ahaaa.. video ni membuka mata aku. Kata katanya betul la ! Orang lelaki ni, diorang fokus bab bab keheroan di malam Jumaat jer ! Bukan semua la.. Ni perlu ada ni.. Bukan semua ! Fuh , kang ada yang komen.. 'Bukan semua tau, Ben ! ' . Yer, aku tauuu.. aku cerita umum jer ni. Aha , part kebersihan diri ni haa ! Mandi seminit jer , dah keluar ! Kalau lama pun , mesti baca komik atau surat khabar dalam tu ! Tu dulu laa.. sekarang , main phone ? Layan PUBG ?? Huhuh... 

Katanya... jarang orang lelaki nak menyental tubuh badan ni ! Di ketiak... di leher.. belakang leher ! Celah pelipat lengan.. Tu pasal berdaki terutamanya yang aktif bersukan ni ! Alamak... ada betulnya ! Tapi nak menyental dengan apa? Dan dia pun tunjuk laaaa.. Aku pun.. " OOooooo..... macam tuu rupanya ! ". 

Teringat gak ketika aku gi Spa Sutra Maya Wellness , baru baru ni.. Aku bertanya mengenai leher aku. Katanya itu daki ! Gulp ! Camana nak kasi hilang ? Jawabnya, kasi sental ! Huhuhuh.. Kalau perempuan , diorang ada pakej tu. Kalau lelaki , kau sental la sendiri nak oiii ! 

Dan aku tunjuk video tu kat wife aku. Ajak gi kedai RM2.. cari menda alah tu ! Hahaha.. Jimat woiii! Tapi apakah berkesan dengan sekadar menyental ? Kalau ada produk yang boleh membantu mempercepatkan lagi hilang kerak kerak daki tu mesti best kan ? Maklumlah , bukan sehari dua punya kerak ! Huhuh... Cerita benar ni pak ! 

Aku cari di Shopee ! Jumpa. Macam menarik jer menda alah ni ! Apakah mampu membantu ? Hurmm.. iklan macam best. Kang beli kang , tak berbaloi. Huhuh.. Sekarang ni banyak barang tipu. Huhuh.. 


Nanti aku suruh wife aku order 9 terus ! Hahahaha... Sapa nak ? Aku jual kat korang. Mau mau ? 

You May Also Like

4 comments