Kita ibu bapa yang gagal ! - BEN ASHAARI

Kita ibu bapa yang gagal !


Yer... tertikam dengan komik di atas tu , kan ? Kita sebagai ibu bapa mungkin rasakan kita dah berikan anak anak kita yang terbaik. Hantar pergi sekolah. Jemput mereka. Beri makanan yang seimbang. Hantar kelas tambahan. Masukkan mereka ke kelas kelas aktiviti seperti renang , seni mempertahankan diri atau sebagainya. Belikan mainan atau pakaian yang cantik cantik... 

Tapi apa yang membuatkan kita ni , ibu bapa yang gagal ???? 

Telefon pintar senantiasa ada di tangan .Kita lebih kerap tengok telefon pintar dari muka anak anak. Kita lebih kerap tersenyum di skrin telefon pintar dari senyum dengan anak anak. Kita lebih kerap berbual dengan telefon pintar dari berbual dengan anak anak. Kita lebih risau telefon pintar kita tu rosak berbanding anak anak kita yang rosak !!! 

Sudahlah awal pagi lagi dihantar ke rumah orang. Balik lewat hari , sibuk pula dengan telefon pintar. Anak anak disuruh je buat kerja rumah. Dapat berbual dengan ibu bapa , beberapa minit je sehari ? Kemudian disuruh tidur , esok sekolah ! Pufff ! 

Apa dah jadi dengan kita ??? 

Bayangkan generasi yang bakal kita lahirkan.. Di kala kita sudah berusia dan memerlukan teman untuk berbual berbicara , anak anak kita yang kita besarkan itu sibuk dengan gadjet mereka ! Ianya berputar kembali. Dengan siapa kita nak berbual berbicara ? 


Pernah banyak kali la anak anak aku 'lemparkan' dialog yang menikam jantung aku ! Hahaha.. Kata kata tu peringatan buat aku namun kerap aku terlupa! Sesungguhnya kalau boleh , aku nak buang semua ni.  Tapi kerja kerja aku memerlukannya ! 

Haihhh... Kena susun atur jadual kehidupan nampaknya ! Ayuh... kita ubah sebelum terlewat ! 



6 ulasan:

  1. Ramai mcm tu. Kalau pergi kedai makan kadang2 sedih tgk realiti skrg

    BalasPadam
  2. Betul tu, manfaatkan sepenuhnya masa bersama anak-anak. Time anak belajar, terutama anak kecil kena teman anak..hp tak boleh kat tangan.

    BalasPadam
  3. Dalam dunia yang kerja memerlukan gadget dan capaian internet ni, agak sukar untuk lari dari menghadap gadget2 ni. Tapi tak mustahil untuk kita belajar mengatur masa kita untuk anak-anak juga. Semoga semuanya lancar Abang Ben!

    BalasPadam
  4. ramai mcm tu..tgk je kalau g holiday atau brjalan kt mall. mak ayah sibuk dgn hp bila anak2 tgh brmain. apa slhnya simpan hp tu luangkan ms dgn anak2

    BalasPadam
  5. Adudududu. Sakit juga kalau terkena camtu.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.