Menariknya bercuti di Baling, Kedah ! Ladang Kelulut Desa Lestari dan Rumah Ndoi Ulu Legong - BEN ASHAARI

Menariknya bercuti di Baling, Kedah ! Ladang Kelulut Desa Lestari dan Rumah Ndoi Ulu Legong




Ahaaa... Sambung cerita. Dah baca episod 1 ? Hahaha.. Ada episod gitu eh ? Yang pertama tu , aku cerita mengenai Dusun Tok Wak Desa Sentosa yang mana ada yang datang semata mata untuk menjamu selera sambil bermain air. Atau ada yang ingin mengadakan team building atau gathering bersama rakan rakan mahupun melibatkan organisasi , boleh memilih untuk menginap di sini !! Haaa... best tuuuu !! 

Rumah Ndoi  ni adalah tempat penginapan di dalam dusun bertemakan hammock di mana pengunjung akan disediakan hammock sebagai tempat tidur sambil menikmati udara segar di dusun dan disajikan makanan tradisional melayu utara tanah air.

Antara tarikan yang berhampiran ialah Air Panas Ulu Legong, di mana pengunjung  berpeluang untuk melawat kawasan air panas dan kawasan-kawasan menarik seperti Gunung Baling dan tempat bersejarah rundingan Baling.

Ada 3 pilihan penginapan. Satu , rumah kampung. Dua , rumah ndoi dan ketika , khemah ! Mana nak? Heheheh.. Semua syok tuuu ! Dan pelbagai aktiviti akan disediakan dan boleh dipilih oleh mereka yang berminat menginap di sini seperti berbasikal , main sungai , jungle trekking , menerokai alam kelulut serta madu dan jika di musim buah , boleh menanti buah durian jatuh ! Makan segar segar gitu. 

Surau dan tandas , semua lengkap ! 

Rumah Ndoi Ulu Legong







Gambar bawah ni , sumber dari Facebook Rumah Ndoi Ulu Legong. Aku dan rombongan tak sempat menginap di sana. 


   




 Antara makanan unik boleh dinikmati di sana !




Maklumat lanjut di  Facebook : Rumah Ndoi Ulu Legong
No tel :  0195088258 ( Pak Long )




Ladang Kelulut Desa Lestari Ulu Legong


Di sini , korang akan dapat banyak ilmu tanpa tapisan ! Haaa ..korang boleh tanya apa jua soalan seperti perbezaan lebah tualang dan lebah kelulut. Bagaimana nak bezakan madu asli dan madu campuran. Dan banyak lagi ! Yang pastiknya, pengalaman di sini sangatlah berharga terutamanya merasai sendiri madu kelulut dari sarangnya. 

Lebah kelulut atau kelulut sahaja (juga digelar meliponini) ialah lebah tidak bersengat yang menghasilkan madu sama seperti lebah madu. Dianggarkan hampir 500 spesis kelulut terdapat di seluruh dunia, antaranya Geniotrigona thoracica, Heterotrigona itama, Lepidotrigona terminata, Tetragonula laeviceps dan Tetrigona apicalis. Lebah kelulut boleh didapati di kebanyakan kawasan-kawasan tropika dunia, seperti Australia, Afrika, Asia tenggara, dan kawasan tropika Amerika.

Madu kelulut dikatakan mempunyai pelbagai khasiat dan lebih tinggi khasiatnya jika dibandingkan dengan madu lebah. Kelulut menyimpan madu di dalam tempayan kecil yang dilapisi propolis. Madu kelulut tidak putih seperti yang didakwa.[perlu rujukan] Rasanya masam sedikit berbanding madu lebah. Lebah ini penting sebagai agen pendebungaan di hutan-hutan dan kebanyakan spesis buah, bunga, sayur dan tanaman lain.



Penerangan ringkas mengenai kelulut dari AG

Antara sarang kelulut 

Lebah kelulut telah mengalami evolusi dengan pelbagai bentuk sarang dan kelakuan pemakanan berbeza, mengikut setiap spesis. Semua kelulut membina sarang dalam sistem tertutup. Kelulut spesis Melipona dan kebanyakan spesis Trigona biasanya membuat sarang mereka di dalam geronggang tunggul kayu atau dahan pokok, dan sesetengah di dalam rongga di dalam tanah atau sarang peninggalan tikus atau parrot. Spesis lain pula tinggal di dalam sarang semut atau sarang anai-anai. Kebanyakan spesis mempunyai tempat-tempat tertentu membuat sarang. Contohnya Trigona thoracica selalu dijumpai membuat sarang di geronggang pohon rambutan, manggis, atau durian.

Bentuk sarang kelulut berbeza daripada sarang lebah madu. Lebah madu membina sarang kom lilin tergantung secara menegak. Sarang kelulut lazim dibina dengan kom eraman mendatar, dengan sel pembukaan di atas, di mana semua kasta muncul (lahir).

Bilik atau ruang eraman dikelilingi oleh dinding keselamatan diperbuat daripada lilin dan propolis digelar involkrum. Di luar involkrum, kelulut membina tempayan lilin lembut (berbentuk seperti telur) untuk penyimpanan madu dan debunga. Tempayan ini boleh bersaiz dari lima sehingga 40 milimeter tinggi. Bagi sesetengah spesis, tempayan madu dan tempayan debunga dipisahkan, manakala sesetengah spesis pula bercampuran.

Sarang kelulut mempunyai muncung yang ditutup oleh batumen, satu bahan istimewa diperbuat daripada campuran resin, lilin dan pelbagai bahan seperti lumpur, minyak, cat, dan kadang, najis haiwan. Ianya seperti propolis hitam dan gelap. Batumen boleh begitu kuat dan tebal dan melindungi koloni daripada air dan musuh.

Kelulut kerap melawat pokok yang mengeluarkan resin kerana mereka memerlukannya untuk pembinaan sarang. Kelulut mengangkut resin di dalam kantung debungan yang terdapat di kaki belakang. Sarang kelulut kaya dengan propolis berbanding dengan sarang lebah madu.







Kitar hidup kelulut berbeza daripada lebah madu. Di dalam sesebuah koloni kelulut, boleh terdapat dua atau lebih ratu bertelur.[18] Ratu baru dihasilkan berkala, tetapi kebanyakan dibunuh dan tidak sempat menghasilkan telur. Sesetengah ratu mungkin dikurung dalam sel khusus. Penukaran ratu bertelur tidak berlaku setiap tahun. Sesetengah ratu boleh hidup untuk 3 hingga 7 tahun.

Sumber makanan kelulut di Desa Lestari. 






Produk yang dihasilkan dari madu kelulut dan dijual di situ. Boleh beli terus dan nasihat aku sebelum ke sini , bawa duit banyak banyak sebab semua bermanfaat ! Heheheh.. Kopi Pak Long memang terbaik woooo !

Pak Long menyapu madu kelulut di muka AG yang mana dikatakan mampu menegangkan kulit muka , jika rajin amalkan ! Buat pengetahuan korang , Pak Long dah berusia 62 tahun. Tengok la rupanya yang macam orang muda tu. 






Maklumat lanjut di  Facebook : Ladang Kelulut Desa Lestari Ulu Legong
No tel :  0195088258 ( Pak Long ) Whatsapp atau call terus untuk sebarang pertanyaan.


Sumber info Kelulut dari Wikipedia.



10 ulasan:

  1. Best gak ni bawak anak2 cuti sekolah nanti

    BalasPadam
  2. wah menarikni .. boleh teroka langsung tengok ladang kelulut

    BalasPadam
  3. Bestnya dapat nikmati suasana perkampungan yang damai tenang. Jelesnya dia dapat rasa madu kelulut dari sarangnya. Fresh gitu

    BalasPadam
  4. Teringin plak nak try sabun madu kelulut tu

    BalasPadam
  5. Wah banyak produk Pak Long ye. Menariklah boleh rasa sendiri kelulut tu

    BalasPadam
  6. Boleh la bawa family jalan2 sini nih & rasa madu kelulut terus dari sarang dia

    BalasPadam
  7. menarik pulak rumah ndoi tu...oo masuk list..ada rezki nak terjah

    BalasPadam
  8. Orang kedah memang banyak petua untuk awet muda. Pendek kata berkebolehan lah, menjual boleh.Serba serbi boleh jadiii. Ehhh, termerapu pula kat sini.Btw best bercuti di sini. Banyak aktiviti tu yang best,nyaman nya duk sini

    BalasPadam
  9. seronoknya bercuti tempat macamni

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.