Makin sedap pulak kereta berusia 7 tahun aku ni !

by - Khamis, Oktober 03, 2019

Ikutkan hati , aku nak tukar kereta lain dah. Maklumlah , meter penggunaan pun dah lebih 200 ribu km. Orang kata kalau dah lebih tu , nilai dia jadi rendah bila nak trade in atau jual. Hurmm.. Dan pastinya akan mula buat hal nanti ! 

Memang ada pun sebenarnya. Dah tak sedap nak bawak Livina aku ni terutama jalan jauh. Ada satu punya bunyi bila melalui 'bump'. Kriok kriok gitu. Tapi bila gi check, time tu gak bunyi tu tak keluar. Hampeh tul ! 

Sejak aku hantar kereta aku ke Casumina Tyre ( M ) yang mana akan bertukar nama tidak lama lagi dan menjadi One Stop Centre khas untuk kereta kereta membuat servis kecil mahupun besar , terasa perubahan pada kereta aku tu. 

Yang paling ketara ialah bila aku pasang safety bar. Patutlah aku beria dinasihatkan pasang safety bar tu.. rupanya sangat bermanfaat ! Bila aku cerita pasal ni pada kawan kawna aku, mereka kata pakej yang aku buat tu murah. Tukar tayar dan sekali dengan safety bar. Percuma alignment dan balancing kereta. Tenaga kerja pun percuma jer ! Pstt.. nak lagi murah. cakap Ben Ashaari suruh datang ! 



Sekarang , wife aku pulak yang giler nak bawak Livina ni gi kerja. Siap paksa aku suruh servis aircond sebab nanti nak balik Kelantan, guna Livina. Boring nak guna Bezza. Huhuh.. Katanya lagi , terasa berbeza sangat sekarang bawak Livina. Bila jalan clear , dia memecut memang tak goyang la macam sebelum ni. Tu belum part selekoh lagi.. Sedap jerrr ! Huhuh.. 

Beberapa orang rakan blogger dari KBBA9 pon dah buat servis kat sana baru baru ni. Diorang sendiri puashati dengan servis yang diberikan selain harganya berpatutan. Dan aku , dah booking untuk servis air cond tak lama lagi. Ari tu dah check. Hampeh punya TC Service Centre ! Aku gi sana , katanya untuk servis aircond. beribu hengget kena woiii ! Cess.. Nasib baik tak buat ! 

You May Also Like

1 comments