Tukar tayar murah di Shah Alam, pakej safety bar Ultra Racing - BEN ASHAARI

Tukar tayar murah di Shah Alam, pakej safety bar Ultra Racing


Aku ada dua buah kereta. Bezza dan Nissan Livina. Dua dua automatik. Bila memandu laju , sejujurnya aku boleh katakan tak beberapa sedap terutamanya Bezza. Gegar kauuu.. Pastu bila nak amik selekoh tu , kena main brek. Hurmm. Aku bukanlah pemandu profesional atau pandai sangat memandu pun. Kalau korang yang dah pandai lagi power tu , mungkin tak perlu nak main brek sangat ketina nak amik selekoh untuk elakkan dari membuang atau makan jalan . Kan kan ? Heeee... 

Aku kerap perhatikan kereta depan aku bila mengambil selekoh. Ada beberapa kereta yang aku cam.. hurm... camana dia boleh amik selekoh dengan kereta yang masih laju tapi tak perlu tekan brek dan stabil ! Sehinggalah baru baru ni , aku ke Casumina Tyre (M) Sdn. Bhd di Seksyen 15 , Shah Alam. Di sana , tayar kereta aku diperiksa kerana aku mengadu tayar cepat kurang angin. Baca di entri lepas aku , di SINI.Jangan pandang ringan bila tayar kereta korang cepat hilang angin.


Bahaya ketika ambil selekoh


Kemudian , boss Casumina.. Mr. Alywin cerita pada aku mengenai pakej promosi tayar yang sedang mereka buat. Terhad ! Dan sangat menarik ! Katanya , jika aku amik set tayar kereta baru jenama mereka akan dapat sekali dengan safety bar ni !  Terus terang aku kata, aku tak tau sangat mengenai safety bar ni. Tapi dari penjelasan dia, safety bar ni sangat aku perlukan ! Kenapa ? Sebab aku cukup risau bila amik selekoh ! Kereta aku suka sangat membuang. Mungkin cara pemanduan aku tak berapa bagus. Hehehe.. 

Aku tengok tayar yang mereka jual. Ada banyak jenis. Dari yang popular kepada yang kurang popular. Tayar jenama mereka sendiri , bagus cuma tidaklah dipromosikan secara besar besaran. Ianya jadi sedikit murah kerana hanya mereka saja yang membawa masuk ke dalam pasaran tempatan dengan jumlah yang besar. Tu pasal jadi murah sedikit. Dan bagi aku , sangat bagus sebab dengan ekonomi sekarang ni, kena berjimat selagi boleh ! 

Paling penting ialah keselamatan. Kebelakangan ni aku dapati beberapa kemalangan jalan raya berpunca dari tayar meletup kemudian terbabas ! Kenapa boleh terbabas ? Sebab pemandu kurang arif serta bersedia dalam keadaan begitu. Tiada ilmu serta hilang arah bila kejadian berlaku. Dengan adanya safety bar tu , kereta akan stabil dan tidak akan berbabas. InshaAllah.


Tayar dan Safety Bar Ultra Racing sangat Murah ! 

Dan jika aku amik pakej tayar mereka beserta safety bar tu, baru RM1400 ! Bayangkan jika aku cua amik safety bar saja. Harga tu saja dah cecah RM1K !! Original yer ! Tayar 4 biji, dah berapa ? Haaa. tak ke murah tu ??? Jika aku pasang pada Bezza , paket tayar size biasa dengan safety bar tu , dalam RM1K jer. Murah la kan ??? Haaa..

Pastu akan percuma alignment, balancing serta labour ! Kalau buat kat luar , sah sah kena tambah lagi. Er, basuh kereta lagi ! Dapat percuma. Eh , makan tengahari pun ada ! Hahaha.. Boss kasi semua tu percuma jika amik pakej tayar dia ! Aku cam WOW !




Apakah kelebihan Safety Bar  ( Strut Bar ) ?

Kalau korang google atau search mengenai safety bar ni, korang akan dapat banyak infomasi dan pastinya akan berminat nak memasangnya. Bukan untuk berlumba tapi untuk keselamatan serta pemanduan yang lebih baik dan stabil. 

Jangan pandang ringan pada bab keselamatan tambahan ni yer. Ada yang kata , memadailah dengan jaga servis atau pakai tayar berjenama. Kalau korang mampu, pasanglah. Ada 10 tempat boleh dipasang tapi bagi kita, pasang dua tempat je dah memadai. Satu , bahagian depan dan satu lagi di bahagian bawah , belakang. Kebanyakkan kereta mahal mahal , dah ada pasang kedua dua ni. 


Rangka kereta untuk penerangan pemasangan safety bar dan juga contoh tayar sedia ada

Front bar dan Rear Bar untuk Nissan Livina


Sebelum pasang Front Bar

Front Bar Ultra Racing siap ! 

Pemasangan rear strut bar bertujuan memastikan pemanduan lebih tegap dan lancar


Siap

Basuh kereta percuma. Kalau tidak , harganya memang leh tahan gak la. Kualiti basuhan. puashati.

Selepas pasang safet bar , apakah yang berlaku ? 

Ok.. siap ! Aku hidupkan kereta dan memandu keluar. Nak mencari makan. Ketika kereta bergerak , aku terasa macam sesuatu tak kena pada kereta aku ! Oh , kereta baru basuh. Patutlah ringan. Begitu juga ketika dia bergerak laju. Lancar dan padu. Aku cam terasa sesuatu jer.. Hurmm.. Apasal kereta aku lain je ni ????? 

Terus aku ke Seksyen 15 , Shah Alam. Nak gi pekena ikan patin masak lemak. Kereta Livina aku yang sama usia dengan Qhaliff tu, seolah olah kereta baru !! Aku masih tak tau kenapa dan mengapa begitu lain cara pengerakkannya. Tiba tiba aku teringat.. 

" Oh ye laa.. aku pasang safety bar !! Patutlahhhh lain sangat ! " bisik hati aku.

Apa lagi !! Masa untuk mencuba laa.. Ketika balik ke Sepang, aku ikut jalan Jenderam Lama. Situ memang banyak selekoh tajam dan situ aku kerap main brek. Tetapi selepas adanya Safety Bar dalam kereta aku tuuuu.. perghhhhhhhhhhhhhh !!! Lain macam beb ! Tak la jadi cam Ferrari pun tetapi sumpah aku kata.. lain macam. Patutlah budak budak kereta suka pasang menda ni ! Hahahaha.. Sedap kauuuu.. Kalau aku tau sedap macam ni ketika memandu, lama dah aku pasang. 

Dan ketika memandu laju , atas 140kmj , tak bergegar dah ! Giler laa.. Nak pasang kat Bezza nanti ! Hahahaha.. Syok oiii... Serius. Terasa sangat best. Sampai je rumah , terus aku cerita kat wife. Aku suruh dia test bawak. Pasni , aku tak la risau sangat bila dia bawak kereta. Dia suka memecut. Huh. Nasihat la camana pun.. Alasan dia ialah.. lewat masuk pejabat. Hurmmmm ! Bahaya, kan ? Huhu.

Kalau korang nak tau pasal pakej promosi tayar dan safety bar ni, boleh hubungi Mr.Alywin di nombor 012 398 8507 atau terus je ke Casumina di Shah Alam. Waze jer Casumina Shah Alam.


5 ulasan:

  1. kena usha jugak la..saya pun time selekoh tak sah tak tekan brek..nk jugak tekan sikit..hihi

    BalasPadam
  2. oo baru tau ada tempat ni. selalu orang rekemen di Kelang

    BalasPadam
  3. nanti balik klang boleh singgah sini..cakap dengan husbnd..

    BalasPadam
  4. Berminat nak pasang jgk safety bar tu. Jarang jmp kedai tyr yg ada pakej skli dgn safety bar..

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.