Kembalinya blog kedua aku !

by - Isnin, September 30, 2019

Diam tak diam.. 10 tahun dah aku di dunia blogging ni. Aku suka membebel panjang panjang dalam bentuk penulisan. Tapi disebabkan aku risau dipersoalkan di akhirat kelak... bebelan kosong dan membuang masa pembaca , maka aku tulis sesingkat yang boleh. Antara contoh yang aku suka tengok ialah blog Che Det yang suka guna point secara terus. Takda bunga bunga mekar di kayangan bagai !

Aku tak tau kenapa aku letak gambar ni. 

Tapi kepuasan tu takda ! Hahaha.. Maka aku hidupkan kembali blog lama aku iaitu BENASHAARI.MY yang mana entri terakhirnya ialah pada tahun 2013 dengan cerita pasal Puaka Kunyit ! Hahaha.. Blog tu lebih pada kumpulan entri entri santai jer. Bukan apa.. pada tahun 2013 tu , aku banyak bermain segmen di blog ni. Maka huru hara sedikit blog aku ni ketika tu. Walaupun trafik mencanak canak naik tapi kepuasan tu takda. Huhuh..

Ada cerita juga kenapa BenAshaari.My tu wujud. Korang kena g baca sendiri la kat sana. Takkan nak ulang cerita kat sini kan ? Hehehe.. Kat sana , takkan ada entri entri review la. Semua entri bebelan aku jer. Nak bebel kat Facebook , boring ! Takda kepuasan. Kena bebel kat blog gak. Nak bebel dalam bentuk video ? Hurm... kang orang jatuh cinta lak tengok muka aku jer.. Maka biarlah mereka membaca jer.. Heee.. 

Harapnya , blog tu tak perlu declare cukai la yer. Hahaha.. Tak mengayakan aku pun. Lebih pada kepuasan diri walaupun nanti akan ada iklan Adsense. Tak banyak pun sebab aku tak main entri entri panas dan juga entri SEO. Sekadar nak teruskan minat menulis dalam bentuk menaip ni. Huhuhu.. 

Yup.. header blog tu pun akan aku tukar. Dah mintak tolong rakan sejawat aku buatkan. Dulu dia pernah buat dan memang aku sukakan hasil kerjanya. Hee.. Harap korang bagi sokongan juga pada blog tu yer. 

Terima kasih.

You May Also Like

5 comments