Nasib baik ke Pulau Pinang ngan FireFly ! Jadi juga projek redah sini. - BEN ASHAARI

Nasib baik ke Pulau Pinang ngan FireFly ! Jadi juga projek redah sini.

Pada awalnya , aku nak batalkan. Korang pun tau sebab apa kan ? Hehehehe... Jerebu nak oiii ! Pulau Pinang sampai level 200++ !  Sampaikan mak saudara aku kena gak la gi jumpa doktor sebab sakit dada dek sebab bernafas dalam lumpur ni haa.. eh ,debu bakaran hutan ni haa ! 

Tapi sejak sampai sini semalam bersama rakan rakan blogger #KBBA9 ,  bacaan IPU di Pulau Pinang menunjukkan penurunan positif sehinggalah pagi ini. Alhamdulilah. Ketika sampai semalam pun , hujan dah membasahi bumi. Dan langit mula menampilkan diri. Huhuh..


Aku dan rakan rakan , ke Pulau Pinang bersama FireFly. Saja nak ubah mood bercuti dengan menaiki kapal terbang. Malas nak memandu kali ni. Dan di sana nanti , kitorang akan sewa kereta dengan Festive Travel. Murah jer.. Amik Bezza . Baru RM115 , sehari ! Boleh pilih kereta mana nak. Tengok di Festive Travels  yer.. 



Kereta sewa yang bersih dan selesa  

Oh ya.. hehe.. Pertama kali aku naik dengan FireFly. Dulu risau gak nak naik tapi selepas pengalaman pertama ni , aku puashati la. Sebab ? Pantas ketika check in. Senyum dan ramah. Kita pun tak jadi nak kalut. Rasa seronok dan dihargai ! Malah ketika berurusan dengan pengawal keselamatan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah atau Subang Airport ni , pun tak rasa tertekan. Hahaha.. Aku mudah tertekan bila tengok muka orang garang semacam. Hahahaa..




Urusan Check In , ke kapal segalanya dipermudahkan. 

Untuk pengetahuan korang, mereka yang menggunakan FireFly ke Pulau Pinang ni diberikan elaun beg bagsi percuma sehingga 20kg ! Berbaloi kau ! Aku punya tadi pun dah berapa. Saja bawak banyak barang ke sini. Mana la tau kann.. Walhal boleh je beli kat Pulau Pinang ni. Hahaha..

Selepas check in , di dalam airport ni sangat best. Makanan murah dan sedap ! Banyak pilihan dan tak perlu risau kebuluran di sini. Hahahaa.. Aku bersarapan bihun goreng je sementara menanti untuk menaiki kapal terbang. Sedapp ! 

Dan mereka yang malas nak berjalan jauh untuk ke ruang menanti sebelum menaiki kapal terbang..sila guna FireFly ! Hahaha. Tak perlu nak jalan jauh jauh pun. Sangat berbeza jika naik di KLIA atau KLIA2. Kalau orang dah berusia ni , memang penat la nak berjalan jauh kan ? Tapi di sini, dekat je..


Ok.. dah tiba masa untuk terbang ! Hehehe... Pengalaman baru naik kapal terbang yang comel gitu. Hehehe.. Syok sebab cepat sampai dan nak turun pun cepat. Tak ramai orang. Mereka yang nak bergerak pantas terkejar masa atau nak balik kampung , memang sesuai. Oh ya, sekarang pun FireFly tengah buat promosi potongan harga termasuk hotel untuk pakej kembara  di website mereka ! 

Dalam kapal terbang , seat dia selesa bagi aku. Dapat la gak lenakan diri sementara nak sampai ke Pulau Pinang. Juru terbang dan krew kapal yang berpengalaman. Makanan ringan turut di sediakan. Nak shopping beli barangan FireFlyz, boleh beli secara online gak di store.fireflyz.com.my


Dalam dok leka membelek majalah , pilot dah umum ! Sampai dah Pulau Pinang. Alhamdulillah.. tengok langit pun dah cerah ! Yarghhh.. Masa untuk explore Pulau Pinang. Aku tengok seat  belakang aku... amboi, pantas anak anak dara yang aku usung ni , dah mula betulkan mekap masing masing. Nasib baik diorang guna ZV Beauty Collection! Memang dah bersedia  bawak bersama sebab tau ZV Beauty Collection  ni satu produk kosmetik yang berkualiti tinggi ! Waktu bagi kat wife aku pun dia akui kata bagus tapi harga berbaloi. 



Ok.. nak explore Penang sat naaa ! Nanti sambung cerita..






6 ulasan:

  1. Ok thanks sharing. Nanti pegi Penang boleh try semua ni. Slama ni nak sewa kereta tak tau mana yang bagus.

    BalasPadam
  2. Tak pernah lagi naik flight. Enjoy your trip

    BalasPadam
  3. Tak pernah naik fire fly...teringin nak cuba...apa! Free 20kg baggage? Husband kt tepi juju ckp cpt buka page tu tgk tix phuket entah2 lg murah hahahahha abenn tq

    BalasPadam
  4. Banyak kali jugak naik firefy ni. so far so good. lagi pun naik kat subang je. tak perlu pergi KLIA yang jauh tu.

    BalasPadam
  5. Saya pun sama, mula² nak naik Firefly dok fikir ok ke selesa ke. Tapi bila dah naik sangat ok dan selesa.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.