Shuib kena hentam gara gara promosi vape

by - Selasa, September 24, 2019


Baru tengok video temubual dia di Mstar. Aku faham apa tugasan dia. Dia sekadar duta jer. Dan sememangnya mereka melarang keras budak budak bawah umur beli benda ni ! Tapi aku tertanya la.. pasal apa budak budak tak boleh tapi diorang boleh ? Apakah mereka bernafas melalui insang ? Atau mereka yakni orang dewasa ini confirm takkan kena penyakit berbanding budak budak ? Atau pun sebab budak budak ni takda duit lagi nak beli menda alah ni ? Dah ada duit , lantak korang la nak beli atau tidak.. 

Persoalannya.. menda alah ni berikan kebaikan ke pada tubuh badan ? Kalau sekadar nak main main atau nak nampak bergaya menghembus asap berbau wangi untuk disedut orang lain ? Tak cukupkah dengan asap jerebu yang sedia ada ? Jika asap jerebu ni berbau wangi seperti bau asap vape yang dilepaskan oleh manusia lain , kira ok lah disedut eh ? Kiranya manusia sekarang dah boleh jadi cam tumbuhan... boleh bikin proses fotosintesis sendiri la gitu ! 

Artis artis mau fikir la skit.. Apa yang korang promote tu apakah kesannya pada masa akan datang. Jika duit yang korang cari , cer fikir lak part keberkatannya. Jangan asal duit je , sebat ! Walaupun target korang pada orang dewasa , takkan boleh pikir kesannya pada orang dewasa tu nanti ? Suka ke tengok asap asap kepul keluar dari mulut hidung pastu dihidu orang lain lak ?

Manusia yang suka asap ni , sapa suh mendampinginya eh ? 

You May Also Like

2 comments

  1. Dalam Islam, mengedarkan benda2 yang tidak bermanfaat dan boleh memberi mudharat adalah dilarang

    BalasPadam
  2. Kalau nak larang budak-budak atau remaja... Yang dewasa atau tua mula dulu.. Contohkan dulu InshaAllah dicontohi. Sekurang-kurangnya kalau larang pelajar atau remaja.. Tidaklah mereka boleh menuding jari pada yang dewasa atau orang tua.

    BalasPadam