Bila isteri merajuk , aku kasi hadiah pakej Sutra Maya Wellness !!

Perempuan ni kalau merajuk , dasat gak , kan ? Automatik dia boleh mandikan anak anak semua.. siapkan makan pakai sekolah tanpa bantuan aku pastu boleh buang sampah sendiri ! Bila dalam keadaan 'damai' , aku kena buat semua tu ! Kekadang syok gak perang dalam dua bulan sekali.. leh rehat ! Hahaha.. Tapi sian laaa kan. 

Ok ok.. untuk tebus kembali akan perang dingin tu walaupun aku tak bersalah.. hahaha.. ego lagi tu ! Hahaha.. ok ok.. aku hadiahkan dia pakej merehatkan dan memanjakan diri di Sutra Maya Wellness pada hujung minggu ni ! Nah kauu.. dari pagi sampai ke petang dia rehat. Kasi orang mandikan.. urut.. fuh ! Aku sediakan duitnya saja ! Tak mahal pon !! Ingatkan mahal tapi tidak sama sekali ! Huhuh.. Boleh la sesekali setahun. Ada duit , leh selalu jer.. kan kan ! 

Ketika aku bagitau dia , tergamam jap ! Maklumlah , dah masuk 10 tahun kawin , aku tak kasi hadiah semenarik tu ! Katanya la. Walhal selalu kasi hadiah menarik apaa ??? Tu anak 3 orang. Hadiah menarik la kan ? Haaa..comel comel macam aku.. Hahaha.. 

Ok.. sambung sambung..  Ni antara pakej yang ada. Kat sana nanti , baru diceritakan segalanya. Sebelum tu , mari kita sama sama telan air liur ! Oh ya... aku pun buat sekali woo ! Hahaha.. Nak foot massage , pedicure , bekam dan cuci mata. Eh , cuci mata ??? Hahaha.. Kat bawah tu banyak restoran sedap sedap untuk lepak sementara tunggu mem siap ! 





Tangas pon ada kau ! Aummm la abang nanti ! Hahahahahahha... hahahaha.. Gataiii ! Kat bawah ni antara pakej pakej yang ada di sana. Ada banyak lagi. Boleh tengok di Facebook Sutra Maya Wellness .

Aku nak amik pakej berpantang.. sesuai tak ?

Harga promosi untuk bulan September 





Banyak wehhh.. tak larat nak crop semua ! Hahaha.. Korang gi la tengok sendiri kat Facebook diorang eh... Yang pasti , tak sabar menanti hari tersebut. Nak rehat gak aku ! Jari jari ni dah penat bekerja tanpa henti... Huhuh..

3 ulasan:

  1. sesekali mmg kena manjakan diri terutamnya perempuan lah kan.. non stop bergerak setiap hari..nak lagi yg bekerja dan balik rumah uruskan hal rumah lagi. letih sian para isterikan hehe

    BalasPadam
  2. haaaa..pakej berpantang tu kalau badan kena semua servis tu, melayang ringan n fresh je rasa..org laki try la :-p

    BalasPadam
  3. Macam best je. Nak try pakej berpantang la nnt

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.