Bila blogger / instafamous dikenakan cukai , maka.. - BEN ASHAARI

Bila blogger / instafamous dikenakan cukai , maka..

Hari ni hari terakhir Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela.

Lama dah aku nak buat tapi tak sempat nak ke pejabat LHDN untuk amik no Pin bagi membuka E-Filing aku. Oh ,  E-Filing ialah sistem yang membolehkan pembayar cukai membuat pengisian dan menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP). Dan no Pin diperlukan sebelum membuka E-Filing. Sekali ni jer kena amik. Pastu tak payah dah.

Maka semalam , aku 'beranikan' diri ke LHDN cawangan Cyberjaya. Hehehe.. Takda orang ! Alhamdulillah. Urusan aku dipermudahkan. Walaupun pada awalnya aku agak 'terkeras cara' ketika berurusan sebab kejahilan aku mengenai Cukai ni. Bukanlah aku tak nak bayar tapi aku dah pergi sana untuk membayar tapi rupanya, aku kena buat sendiri menerusi online ! Tu yang buat aku sedikit terkejut. Masa dah suntuk ! Kena buat di rumah pulak. Ingatkan macam bayar zakat. Rupanya tidak! Kita kena buat sendiri. 

Bagi yang tak tau, secara umumnya , korang cuma perlu isi jer segala maklumat dalam tu. Yang penting ialah , segala resit resit yang korang declare perlulah wujud dan disimpan dengan baik untuk jangka masa tertentu. Contohnya , resit tadika anak , perubatan, zakat pendapatan dan sebagainya. 




Apakah kelebihan Program Pengakuan Cukai Sukarela ni ? Tak kira la pendapatan korang banyak atau sedikit , sebaiknya jika korang tak pernah ada rekod cukai ni..gi je buka. Bukan apa.. mana tau nanti tiba-tiba rezeki korang dalam dunia media sosial ni meletup , masa tu jenuh gak la nak declare dari tahun tahun sebelum tu. 

Macam aku sendiri la. Bukanlah pendapatan dari blog atau media sosial aku banyak sangat pun tapi sebab syarikat syarikat yang menggunakan blogger , telah membuat buka akaun membayar blogger untuk tujuan promosi , maka secara automatiknya LHDN tau akan pendapatan blogger. Maka , kenalah blogger umum juga pendapatan mereka.. tak kira sikit atau banyak. 


Bagi blogger beragama Islam , bayar Zakat Pendapatan sangat membantu ! Korang pun tau akan betapa besarnya pahala bila bayar zakat ni kan ? Bayar je la. Hasil pendapatan dari gaji tu lain. Income dari blog ni lain. Kalau setiap bulan tu ada income dari blog , bayar la zakat pendapatan... tu pun kalau layak ! Haa.. tak susah pun ! Dan takkan muflis sama sekali !

Alhamdulillah... Aku mula bayar zakat pendapatan dari tahun 2015. Dan ianya sangat membantu aku dalam pengistiharan cukai. 


Selepas dah dapatkan no Pin bagi E-Filing tu, maka masalah aku selesai. Wife akan bantu  menguruskan bab E-Filing sebab dia dah buat ni sejak dia kerja lagi. Takda masalah. Yang penting , perlu ada resit sebagai bukti. 

Dan petang semalam sebelum aku menjamu selera di Utan Cafe selepas terliur melihat Sotong Godzillanya , mak aku call. Katanya ada surat dari LHDN ! Adehh... Nasib baik aku dah ready mental dan fizikal aku. bab cukai ni. Kalau tak , boleh putus nafsu woi ! 


Kalau bayaran beratus ribu sebagai duta , memang layak la bayar cukai. Cam aku ni , hehehe... level anak ikan jer. Boleh la hidup tanpa menyusahkan orang ramai.. Alhamdulillah. Lepas bayar hutang piutang dan bantu orang lain sedikit. 

Tapi berdasarkan surat ni.. hurm... hurm.. harapnya  selesai la masalah aku atau aku kena cari resit resit yang lepas. Adeh.

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.