Menariknya bercuti di Baling, Kedah ! Tree Top Walk Sungai Sedim - BEN ASHAARI

Menariknya bercuti di Baling, Kedah ! Tree Top Walk Sungai Sedim




Pengalaman di sini menyeronokkan ! Sejujurnya , korang kena rasa dua aktiviti di sini ! Kedua duanya akan membantu korang mengatasi masalah fobia ! Haa.. fobia apa ? Pertama fobia terhadap ketinggian dan kedua ialah fobia pada air !

Ok.. mula mula Tree Top Walk Sungai Sedim. Terletak di kawasan hutan simpan Kulim Kedah yang menghubungkan Kulim dan Baling ! Ianya pasti menyeronokkan bagi mereka yang mencintai flora dan fauna. Jika ada tourist guide, mereka akan terangkan mengenai pokok pokok serta hidupan yang akan berada di depan mata ketika melalui laluan menerusi kanopi sepanjang 1.5km ini. Andai bernasib baik , korang akan jumpa la dengan binatang binatang di dalam hutan tu. Oh ya , ketinggian kanopi ini ialah 36 meter dari atas tanah.

Pelbagai aktiviti boleh dibuat di sini selain dari berjalan menikmati keindahan alam. Antaranya water rafting , paintball, team building , jungle trekking , water tubing. perkhemahan, abseiling , natural walk , night walk dan banyak lagi


   







Antara yang menarik boleh diperhatikan sepanjang laluan Tree Top Walk ini ialah , berbagai jenis pokok hutan (pokok balak) yang diletak tanda nama , pokok-pokok tumpang yang mempunyai cerita  menariknya tersendiri , pokok rotan, buluh, orkid liar dan lain-lain. Korang juga turut boleh melihat sendiri pelbagai jenis rama-rama. pelbagai spesis burung ,unggas dan serangga. Terdapat ular dan katak.  Harga tiket untuk memasuki Tree Top Walk ialah RM10 untuk orang dewasa dan RM6 untuk kanak-kanak.

Aktiviti yang sempat aku sertai ialah water rafting. Sejujurnya , aku cuak tapi aku beranikan diri juga. Tak cuba, tak tau kan ? Hehehe.. Dan inilah juga pengalaman aku bagaimana bot kitorang bocor. Teknik menyelamatkan diri ketika ini berguna sewaktu awal awal diajar ! Haa.. Sebab tu sebelum nak naik meredah sungai tu , kena buat water confident ! Maka , takda la nak cuak bila bot tu mula kehilangan angin dan mula nak karam ! Hahahaha.. 




Karam di lautan sepi ! Hahaha.. Best ! 

Bagi yang nak menginap di sini , ada chalet dan juga resort disediakan.  Info lanjut di ...
Web : http://treetopwalk.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/TreeTopWalkSgSedim/
Instagram : https://www.instagram.com/treetopwalksgsedim/
Email : hello@treetopwalk.com.my
Phone : 6 04 4901588
SMS/Whatsapp: 6 019 4501588

12 ulasan:

  1. Aktiviti mcm ni mmg best kalau pergi berkumpulan. Thanks share pasal tempat ni. So boleh la ajak geng cr port baru ni

    BalasPadam
  2. Bestnyabtengok.. Pergi dengan kawan-kawan syok ni.. Tak pernh buatvwater rifting ni..

    BalasPadam
  3. Tak pernah lagi join aktiviti water rafting. Siap bot bocor lagi. Lebih muatan eh? Hihi

    BalasPadam
  4. Fuh... Best ni..!! Aktiviti mencabar nina suka! Masa 1st time buat rasa tertinggal jantung pastu kutip balik letak kat dada semula. Hahaa
    Rupanya satu kepuasan. Jomm teman kita lak

    BalasPadam
  5. wow best yer. teringin nak buat aktiviti gini.

    BalasPadam
  6. Bestnyaaa water rafting 🤩
    Sesekali buat aktiviti macam ni seronok juga. Nanti nak tey ke sana 👍

    BalasPadam
  7. Haha bocor pulakk! Btw meriahnya life jacket dia kaler kaler 😂

    BalasPadam
  8. aduii seramnyaaa...kita da la tak pandai berenang...bila orang sebut water rafting aje terus seriau...huhuhu..tak tau la boleh atasi masalah fobia tu ke tak, kena cuba dulu ni

    BalasPadam
  9. Best tuu rafting dekat sedim. Kena karam tu biasa ����

    BalasPadam
  10. Terkejut aku nengok ularnya adeiii...ni kalau aku join haritu, mau sebot gan ko ek Ben hahahaha karamlah di sungai hahahahaha

    BalasPadam
  11. seronoknya.. teringin nak join aktiviti mcm ni

    BalasPadam
  12. wah bestnya aktiviti di sedim ni.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.