Aku sendiri pun pernah rasa nak bunuh diri !

by - Jumaat, Oktober 25, 2019

Satu pengakuan ikhlas ! Ketika tu , aku dalam usia 20an. Tercari arah hidup. Ditambah lagi dengan menganggur ! Tiada yang sudi membantu. Orang sekeliling pula memandang sinis. Macam kau ni kutu jer ! Sampah masyarakat !!! 

Tapi ketika aku ada kerja , lain pulak pandangan ! Walhal aku menganggur pun , aku bukan susahkan sapa sapa pun. Takda la tahap mengemis mintak duit atau pinjam duit sapa sapa pun ! Tapi masyarakat kita , begitulah... yang ingin membantu , boleh dikira dengan jari ! Selebihnya sekadar amik tau dengan bertanya jer. 

Bagaimana aku keluar dari kemurungan tu ? Pertama... kembali cari arah hidup ! Tujuan kehidupan ni. Motivasikan diri ! Merangkak kembali perlahan lahan . Jangan terus berlari. Sedikit demi sedikit.. Perbaiki hidup. Satu malam tu , aku menangis semahu mahunya. Merintih pada Allah. Doakan agar diberi petunjuk untuk keluar dari segala masalah aku. Dan Alhamdulillah.. aku kembali. 

Segalanya disebabkan kemurungan. Orang terdekat hanya tau membebel jer. Disuruh itu begini seolah olah macam.. hurm... sepatutnya disuakan tangan membantu dan membimbing ! Bukannya suruh berdiri sendiri.. 


Masalah kemurungan ni banyak faktor. Tak cukup rehat atau terlalu tertekan dalam kehidupan. Masalah fizikal dan pelbagai lagi ! Tak kira usia dan juga jantina ! Dan kebelakangan ni , jalan keluar paling mudah ialah bunuh diri ! Bukan mereka nak sangat tapi seolah olah ada yang mengajak mereka ke arah gitu ! 

Nahh.. di sini peranan kita yang sihat sejahtera ni. Tengok kiri kanan. Perhatikan kawan kawan kita. Mereka ni nampak ok jer tapi hakikatnya , dalam keadaan bermasalah dan perlukan bantuan. Bantulah mereka ! 

You May Also Like

4 comments

  1. Bantu sepenuh hati jangan bantu dalam masa sama bantu sebarkan sesuatu yang sepatutnya dirahsiakan..

    BalasPadam
  2. ya.....sesekali ada rasa macam tu....Allahu..

    BalasPadam
  3. Untung gak ada blog boleh luah perasaan kat blog.

    BalasPadam