Jangan tertekan dengan perangai anak anak ! - BEN ASHAARI

Jangan tertekan dengan perangai anak anak !

Esok nak pergi trip lagi. Nasib baik dalam negeri dan singkat jer. Aku memang malas dah nak pergi lama lama. Sian kat wife satu hal gak. Nak uruskan 3 orang tu , bukanlah mudah walaupun mudah je sebenarnya. Ditambah lagi wife sendiri pun dok kalut dengan kerja kerja dia di pejabat. Tapi nak buat camana.. aku pun kena 'bekerja'. Tanggungjawab. Bukan nak enjoy enjoy keluar gi sana sini. 

Anak anak aku , membesar di dalam blog ni. Sapa yang follow , memang tahu dah ragam mereka. Yang paling kecil, Aariz.. sangat mencabar minda aku. Wife sendiri pun pening dengan dia sorang ni. Bak kata dia , orang nak jaga dia tak susah.. yang susah part mandi. Nak masuk bilik air susah. Dah masuk , susah nak keluar. Dah keluar , susah nak pakaikan baju. Pastu ok dah la. 


Sejujurnya  ketika mereka di bawah usia ni , sangat seronok dengan keletah mereka. Diorang tau nak bermain jer dengan kita. Belum berdunia lagi dengan manusia di luar sana. Dan kita , sebagai ibu bapa kena amik peluang ini untuk bermanja dengan mereka. Nanti bila mereka dah berkawan, pasti akan terasa kehilangan mereka. Nak tambah baby, dah lanjut usia. Nak tambah bini , pinggang pun tak larat dah.. Haa.. 

Maka.. tak kira la suami atau isteri.. balik kerja tu , jangan bawa stress bersama. Bila dengan anak  anak, nikmatilah. masa bersama mereka. Bukan apa... kalau tengok di Facebook sekarang ni, setiap hari boleh dikatakan ada je yang kehilangan anak.. kehilangan ayah.. kehilangan ibu.. sakit sana sini.. dan kita yang sihat ni , dok sibuk kejar apa ?? 

2 ulasan:

  1. sama perangai dengan anak bongsu ammi...nak bawak masuk bilik air siap kena merayu, berdrama bagai. Dah masuk satu hal pulak nak bawak dia kluar.

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.