Menariknya bercuti di Baling , Kedah ! Pusat Rekreasi Ulu Legong
Sesungguhnya... aku tak tau pun akan kewujudan tempat ini ! Hahahaha... Dan sesungguhnya tempat ini bagi aku , cukup mengagumkan ! Tak kira waktu dan suasananya. Sewaktu aku dan rakan rakan media Tourism Malaysia tiba di sini , hari sudah masuk senja. Dan cuaca ketika ini , baru saja lepas hujan. Sejuk !! Dan mendamaikan. Kalau berbulan madu ketika ni , fuhhh.... terasa macam kat Paris lak rasanya ! Hahaha..
Ok, ok..Bagi yang nak ke sini , korang waze je ! Confirm jumpa ! Hehehe.. Tu kalau memandu la. Kalau jalan kaki, guna Google Maps. Lalalaaa... Gurau gurau ! Jangan marah aa.. Naik la keta atau motor. Kan senang gitu..
Harga tiket masuk dan juga penginapan ! Bab penginapan.. terbaik !! Syiok woiii duk sini ! Aku nak repeat ke sini bersama keluarga pasni. Puashati wooo dapat berendam tak kira masa. Takda sapa nak marah ! Hahahaha..
Kolam mandi air panas ,terdapat 9 kolam disediakan dengan kepanasan yang berbeza. Pelbagai kategori Kolam Mandian air panas semulajadi yang disediakan iaitu kolam dewasa, kolam kanak-kanak, kolam wanita dan merasi kepanasan air panas kolam induk.
Jam 1 pagi !!! Adik adik Tahfiz turun mandi. Seronok tengok diorang.
Peraturan. Sila patuhi !
Urut kaki. Boleh baca mengenainya di SINI
Manakala untuk penginapan , ada 3 kategori. Bilik VIP , Biik Standard dan Dormitri. Kalau berminat , kena booking awal awal sebab memang senantiasa penuh. Dan biliknya , bagi aku cukup memuaskan hati. Plug untuk charging memang banyak. Tak perlu nak berebut !
Bilik Vip
Bilik Standard
Dormitri
Jangan lupa lepas subuh tu , keluar menikmati udara yang sangat segar. Bukan apa.. negara kita sekarang ni ada musim jerebu gak. Ketika tu , nak hirup udara segar , memang terseksa. Bila dianugerah dengan udara yang sebegini , nikmatilah selagi boleh.. Huhuh..
Antara kemudahan yang ada di sini ialah Dewan Seminar yang mana disediakan untuk organisasi atau individu yang ingin mengadakan sebarang aktiviti seminar, class room ataupun mesyuarat dengan kadar sewa yang berpatutan.
Taman Permainan Kanak-Kanak sesuai untuk mereka yang ingin beriadah di waktu petang bersama keluarga disamping menikmati kehijauan flora, aliran air sungai yang menyegarkan dan mandian kolam air panas.
Kemudahan lain seperti tempat letak kenderaan , surau , outdoor gym , tandas awam , bilik persalinan, tapak khemah dengan kadar sewaan yang berpatutan.,tapak BBQ dan medan selera.
Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, 09100 Baling Kedah
Tel : 04-4731024
WhatsApp : 019-571 1024
|E Mail : prapul@mdbaling.gov.my
http://www.mdbalingtourism.gov.my
6 comments
Menarik! Tak pernah tahu pun ada tempat best kat sana..
BalasPadamseronoknyaaaa. dapat nikmati alam flora dan fauna di sini. Menghijau je..
BalasPadampernah sampai sini dulu ... best kan?
BalasPadamDulu selalu pi. Bila ayah meninggal dah tak bertandang.
BalasPadamsalah satu tempat menarik di Kedah..boleh pi ni
BalasPadamya memang syok pun. berendam tengah malam ke pagi, pergh nikmat. hehehee
BalasPadam