Tunggu anak besar skit la , baru kasi dia adik ! - BEN ASHAARI

Tunggu anak besar skit la , baru kasi dia adik !


Itu jawapan yang aku terima kadang kadang dari kenalan bila bertanyakan mengenai anak. Bukanlah nak menyebuk tapi ada orang merancang dalam bab begini. Yang takda rezeki , InshaAllah.. kita sama sama berdoa agar Allah murahkan rezeki korang yer... 

Ok.. aku sekarang bicara soal mereka yang sihat dalam serba serbi. Ada yang merancang tunggu si abang atau kakak tu besar sedikit , barulah nak 'kasi' adik ! Apa pendapat korang ? Bagi mereka yang berkerjaya , mungkin faktor masa itu penting. 

Dan aku.. anak anak aku sekarang ni baru berusia 7, 5 dan 3 tahun. Masing masing beza 2 tahun. Satu jarak yang nampak cam jauh tapi dekat sebenarnya. Ketika mereka kecik, terasa cam.. boleh ke nak urus mereka ni sebab masing masing kecik lagi ? Di sini satu cabaran dan satu lagi kelebihan ! Contohnya , ketika kelahiran Zahra , Qhaliff 'terpaksa' putus susu badan di mana satu ketika , dia memang payah sangat nak putus susu ! Bila ada adik , secara automatik dia tak nak dah ! Begitu juga dalam bab guna lampin tu ! Dia kata dia dah besar.. tak nak pakai ! Baby je kena pakai ! Hehehe..

Ketika muncul Aariz lak , Zahra cepat putus susu badan. Giliran adiknya lak. Cuma kos membeli susu mula muncul di sini la. Hehehe.. Tak pe.. ada je rezeki diorang. Si abang dan kakak dah mula membesar dan bermain bersama. Jarak usia mereka yang hampir membuatkan mereka boleh bermain bersama. Si bongsu akan memerhati abang kakak dia bermain dan berminat nak turut serta ! 

Masa berlalu begitu pantas. Si bongsu dah mula berlari dan boleh bermain bersama sama dengan abang kakaknya. Seperti semalam , mereka bermain menyorok nyorok ! Aku terkejut tengok si Aariz yang dah pandai bermain bersama. Ketawa melihat keletah mereka. Walaupun rumah riuh rendah dan sesekali diiringi tangisan , itulah kenangan yang bakal aku rindui satu ketika nanti ! 

No 4 ? Huhuhu..... Nak tapi cukuplah buat masa ni. Kos membesarkan anak di bandar , bukanlah kecil. Niat tu ada.. cuma nak kualitikan anak anak buat masa sekarang. 

4 ulasan:

  1. PC selalu dengar ibu bapa cakap..anak-anak ni masa kecil la banyak ragam kadang buak mak ayahnya ketawa..nangis..pening..risau..lengkap serba serbi...tapi nanti bila dah mula sekolah rendah je pun...dah mula rindu zaman mereka baby..

    BalasPadam
  2. Kasi jarakkan supaya kasih sayang tu dapat kita curahkan..kadang sian anak yang kecik lagi tapi dah ada adik, tak sempat nak pupuk kasih sayang, dah tumpu pada yang lain...

    BalasPadam
  3. apapun semuanya rezeki sudah tertulis. Setiap anak-anak ada rezeki nya allah datangkan..

    BalasPadam
  4. samalah Ben..fokus pada kualiti instead of kuantiti..tapi kalau dah terbabas, tak boleh nak buat apalah..haha

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.