Kerusi keselamatan wajib digunakan tahun 2020. Pendapat aku ! - BEN ASHAARI

Kerusi keselamatan wajib digunakan tahun 2020. Pendapat aku !


Pelaksanaan yang sangat bagus ! Untuk mengelakkan dari kanak kanak cedera memandangkan kes kematian dan kecederaan melibatkan kanak kanak ni tinggi sejak kebelakangan ni. Sepatutnya lama dah dilaksanakan tapi seperti biasa kajian perlu dibuat terlebih dahulu. 

Dan ketika tu , harga car seat memang mahal gile ! Sekarang ni baru ada yang murah murah. Ada yang galakkan beli cara hutang seperti main kutu dan sebagainya. Bukan semua orang mampu nak menambah hutang, mau faham part tu ! Bukan tak sayang anak tapi mak bapak akan bertambah tertekan untuk mencari kerja tambahan bagi menambah kos pendapatan !! Komitmen nak bayar RM50 sebulan pon ramai dah pening kepala.. Kos sara hidup di bandar terutamanya tinggi ! MAKA jangan kata tak sayang anak !! 

Ok.. aku tertanya.. jika ada anak kecil lebih dari 3 orang.. macam aku ni ada 3 , pasang car seat kat belakang.. penuh dah ! Jika lebih camana ? Kita mau tau... pemohon BSH di negara kita ni tinggi ! Maksudnya , ramai rakyat Malaysia ni tidak berkemampuan dan mestilah mereka ni mempunyai kereta kereta yang sederhana sizenya. Dan biasanya , mereka mempunyai ahli keluarga yang besar. 

Ada komen aku baca... jika tak mampu beli car seat , jangan guna kereta ! Amboi.. Jangan la gitu. Takkan sebab tu je tak boleh nak berkereta ? Dah tu nak bergerak guna apa ? Guna pengangkutan awam ? Kos lagi tinggi gitu ! 

Pada padangan aku , tak perlulah nak mewajibkan terus. Buatlah satu inisiatif seperti beli car seat dengan harga yang murah yang mana kerajaan beri subsidi atau beri pelepasan cukai buat keluarga yang beli lebih dari 1 gitu. Secara tidak langsung mengalakkan mengunakan car seat ni. Tu contoh je la. 

Yang kedua ialah.. apa gunanya pakai car seat tapi pengguna jalan raya tidak berdisiplin ! Kita tau di Malaysia ni , pengguna jalan raya macam macam karenah ada dan rasanya semakin teruk ! Bukan sebab tidak berilmu tetapi tekanan atau stress rakyat Malaysia ni semakin tinggi ! Kita tanya diri kita sendiri.. Hari ni saja berapa kesalahan jalan raya telah kita lakukan ? Ini semua adalah punca punca kepada kemalangan jalan raya seterusnya akan melibatkan nyawa manusia lain ! Jika faktor ini dapat di atasi.. pengguna jalan raya berdisiplin , maka automatik si kecil dalam kereta akan turut berdisiplin. Naik je kereta terus gunakan tali pinggang keselamatan dan duduk di dalam kerusi keselamatan. 

Tu belum lagi dengan pemandu yang tidak berlesen , lesen terbang, pendatang haram yang memandu lagi.. penguatkuasaan tidak begitu kuat dan mereka ini bermaharajalela di atas jalan raya ! Mangsanya adalah rakyat Malaysia ! 

Dan... bagaimana penguatkuasa nak kesan mereka yang tidak guna car seat ni sebab cermin kereta gelap ? Takkan nak tahan semua kereta dan check ? Tertanya juga. Apa guna WAJIB tapi penguatkuasaan tiada.  Serupa dilarang merokok di restoran la.. 

Kesedaran pengguna ? Hurm... ini Malaysia. Dan pastinya ketika ini.. ramai akan buat bisnis ! Hehee... kononnya nak membantu tapi buat duit. Dan maaf la mak mahupun mereka yang nak menumpang, nak tumpang kereta tak boleh dah. Kereta penuh dengan car seat ! Ada yang syorkan , mak duduk je la kat rumah.  Nak setting car seat bukan sekejap woiiii...

Ini bukanlah alasan tak nak guna. Aku ada jer car seat untuk anak anak. Terfikir jer..

4 ulasan:

  1. kereta mpv boleh lah pasang banyak2 carseat.Hihihi.. terasa juga lah. Kalo naik mpv, bole muat. Ni naik kancil tak boleh masuk dah carseat. Uhuks~ pasni nak kena wajib pula tiap rumah kurangnya ada 2 buah MPV.

    BalasPadam
  2. Betul juga tu, kalau dah pasang carseat semua, penuh dah dalam kereta, ermmm...tak pasal nak berhutang amik kereta besar pulak daa...ermmm...

    BalasPadam
  3. Ape kate kite pandang sudut positif. Kerajaan tak jejas pon kalo tak wajibkan macam wajibkan pakai tali pinggang keledar dengan helmet,yang orang tak ikut sangat pon,cume nak kurangkan risiko. Dari segi anak ramai, keluarga tak mampu, patut sesame push improve public transportation, sebagai contoh kat luar negara, ade jek cam pas rapidkl tu yang akan masukkan anak2 kecik skali. Ape kate abang tengok crash test video untuk rujukan.

    BalasPadam
  4. ptt inisiatif baik mcm ni mungkin ada bantuan khas bg mereka yg layak untuk beli car seat ni..x semua org senang..mmg setuju tu..

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.