Menariknya bercuti di Baling, Kedah ! Dusun Tok Wak Desa Sentosa

by - Isnin, Oktober 14, 2019

Aku selalu tertanya-tanya , apa ada di Baling dan sejujurnya aku tak pernah merancang untuk ke sana dalam masa terdekat. Mungkin sebab aku tak tau apa ada yang menarik di sana.Tak pernah lak terfikir atau mencari jawapan di Google atau Facebook pun. Maaf la yer. Aku memang jahil sedikit pelancongan tempatan ni. Sejujurnya , aku lebih suka merasai pengalaman tu sendiri berbanding membaca atau menonton video di media sosial , sebenarnya.

( Perrghhh.. suka betul aku gunakan SEJUJURNYA dalam entri sekarang ni eh ? Hahahaha... Ok ok...sambung )

Dan siapa sangka.. rezeki aku menikmati pengalaman 'melancong' di Baling , Kedah melalui Tourism Malaysia ! Terima kasih kepada Tourism Malaysia kerana peluang yang diberikan kepada aku. Satu pengalaman yang aku tak sangka sama sekali , menyeronokkan sangat !

Meh aku cerita kenapa seronok sangat sehinggakan aku rasa nak kembali lagi bersama keluarga tercinta ! I LOVE BALING sudah !


Sebelum tu , meh kita kembali mengenali sejarah Bandar Baling, Kedah ini. Bukan apa.. ada yang tak tau atau terlupa sama sekali mengenai asal usul bandar atau nama Baling ini. Ok , ini sedikit maklumat yang diambil dari Wikipedia. 

Baling berkeluasan 1,529 km² dengan anggaran populasi seramai 135 ribu penduduk. Baling dipercayai telah didiami seawal 16 ribu hingga 17 ribu  tahun dahulu oleh masyarakat awal yang menetap di Gua Sireh atau Gua Telok Wang di Gunung Pulai. Dikatakan terdapat dua teori mengenai asal usul nama Baling:


Teori Pertama: Nama Baling dipercayai berasal daripada peristiwa Raja Bersiong seperti yang tercatat dalam Hikayat Merong Mahawangsa. Raja Ong Maha Perita Deria atau lebih dikenali sebagai Raja Bersiung, merupakan raja keempat daripada keturunan Merong Maha Wangsa yang gemar memakan sayur bayam dengan kuah darah manusia. 

Kelakuan baginda ini dibenci oleh rakyat dan menyebabkan baginda melarikan diri dari istananya yang berpusat di Lembah Bujang. Ketika dalam kepungan menteri dan rakyat, baginda terpaksa berhenti beberapa kali kerana menderita sakit gigi siongnya. Baginda dikatakan telah memulas keluar kedua-dua siongnya di suatu tempat dan membaling gigi siongnya jauh ke tempat yang kini dikenali sebagai Baling.

Teori Kedua: Dalam cerita lain, nama Baling dikaitkan dengan orang Siam (Thai) dan orang Burma (Myanmar) yang datang ke daerah itu kira-kira 200 tahun dahulu. Mereka datang ke Baling kerana ingin memulakan penghidupan baru. Setelah merentasi pelbagai jenis rintangan mereka sampai ke Baling dan membuat keputusan untuk membuka kawasan hutan di situ. Mereka begotong-royong menebang hutan dan belukar untuk memulakan penempatan baru. 

Mereka bercucuk tanam, berniaga dan membawa sampan penambang untuk menyara hidup. Ada juga di kalangan mereka yang mencari kayu di hutan dengan menggunakan gajah. Sungai Ketil yang pada masa itu dalam dan luas, menjadi alat perhubungan utama penduduk tempatan. Sungai itu juga kaya dengan ikan. Sampan-sampan dari Kota Kuala Muda yang sarat dengan barang-barang dagang banyak yang berlabuh di tempat itu. Pangkalan di kawasan penempatan baru itu juga dijadikan tempat memunggah candu mentah yang dibawa dari Burma untuk dijual di Kota Kuala Muda.

Bagi penduduk yang bertani, tanaman mereka sangat berhasil. Mereka gembira melihat sayur-sayuran dan buah-buahan yang begitu menjadi. Akan tetapi. Kegembiraan mereka tidak kekal lama. Buah-buahan mereka seperti langsat, rambutan dan durian diserang oleh beribu-ribu kera yang dikatakan datang dari hutan Gunung Baling. Binatang-binatang itu bebas memakan dan memusnahkan buah-buahan mereka. Setelah habis musim buah-buahan, binatang-binatang itu balik ke hutan Gunung Baling. Oleh sebab kaum pendatang itu tidak pernah melihat kera yang begitu banyak mereka menamakan kampung mereka "Ban-Lin" yang bererti "kera". Lama-kelamaan perkataan Ban-Lin bertukar menjadi "Baling".

Terima kasih kepada MLS Holidays kerana menyediakan bas sebagai pengangkutan utama sepanjang berada di Baling , Kedah ni. 


Sepanjang perjalanan, pemandu pelancong , En.Faizy atau  AG yang juga Timbalan Presiden Persatuan Pemandu Pemandu Pelancong Mutiara ( PPPM ) menceritakan pengalaman serta sejarah asal usul bandar  Baling.

Ok , di sini aku ceritakan pengalaman aku sendiri di beberapa tempat pelancongan menarik Ulu Legong , Baling di Kedah. 

Dusun Tok Wak Desa Sentosa 

Terletak di Ulu Legong , Dusun Tok Wak Desa Sentosa ni dah wujud pada sekitar  tahun 2006 dan menjadi kegemaran mereka yang cintakan alam semulajadi.




Jika di musim buah buahan , tempat ni akan diserbu oleh mereka yang meminati buah buahan serta  berpeluang merasai sendiri pengalaman mengutip buah durian terutamanya selain buah buahan tempatan yang lain melalui pakej pakej yang disediakan di sini.

Sayangnya, aku tak sempat nak merasa keenakan durian di Baling ni. Orang kata sedap ! Huhuh.. Kalau musim buah , memang menjadi la kat sini. Dan tempat ni akan sesak dengan peminat peminat durian dari luar kawasan Baling.

Sumber gambar : FB Dusun Tok Wak Desa Sentosa

Selain itu , pengunjung boleh menikmati makan tengahari di dalam sungai. Eh , dalam sungai ? Tak tak.. bukan dalam tapi kaki korang tu di dalam sungai. Makan dalam sungai tu , ikan jer leh buat ! Hehehe... Dalam erti kata lain, sambil makan..boleh main air ! Takda bayaran tambahan untuk bermain air sungai tu yer. Heee.. 

Untuk ke sini , korang boleh memandu terus atau gunakan bas pelancong yang disewa khas. 




Air agak sedikit keruh kerana semalam hujan. Jika tidak , airnya sangat jernih.

Ok.. gambar lelaki di bawah ni ialah Pak Long atau nama sebenarnya , Mohd Akhir Ismail dan berusia 62 tahun. Macam baru 40 je kan ? Haaa... Rahsia awet muda dia ialah. cara hidupnya di sana. Banyak amalan yang dia amalkan dan menampakkan hasil ! Penjagaan makanan, hidup yang tenang dan banyak melakukan perkara perkara positif.

Pak Long ni pemilik Dusun Tok Wak Desa Sentosa dan beberapa lagi tempat riadah di sini. Tu nanti aku cerita dalam artikal yang lain. Nasihat aku.. kalau korang jumpa Pak Long , sila larikan diri ! Jika tidak.. korang akan duduk dan dengar cerita cerita dari dia ! Hahahaha.. Memang banyak sangat cerita cerita dari dia terutama mengenai pengalaman dia. 

Nah, ketika ni Pak Long menerangkan pakej pakej makanan yang ada di sini. Antara tarikan makanan yang sangat enak dan lazak di makan ialah Sup Kambing Herba Madu Lebah Kelulut, -Sambal Tumis Udang Galah segar , Gulai Batang Pisang, Sayur kampung ,Ikan Pekasam Sungai ,daging pekasam. ulam-ulaman kampung , Sambal belacan , buah tembikai, air sirap , Kopi Madu Kelulut yang mana kalau korang pekena secawan , pasti nak minum lagi ! 















Nasi Buluh




Selesai makan , rombongan media bersama team Tourism Malaysia Utara beramah mesra dengan cara di sini.. kita bersukaneka !  Team Building dan Sukaneka boleh dilakukan di sini jika korang datang dengan group yang besar. Sangat best dan menyeronokkan. 

Sayangnya, hari hujan dan air sungai mula naik. Tak boleh nak main tarik tali di dalam sungai. Kalau tidak , confirm kami naik bas dalam keadaan basah ! Hahaha.. 






Menarik kan ? Haaa.. Aku tau.. Kalau korang nak datang menginap di sini  pon boleh. Ada homestay. Kalau malas nak memandu dari Kuala Lumpur , korang boleh naik ETS sampai ke Sungai Petani. Dari stesen tu , boleh naik teksi . Perjalanan dalam sejam lebih.  

Sejujurnya aku kasi tau korang.. makanan di Dusun Tok Wak Desa Sentosa ni ,akan menjadi kenangan manis untuk korang. Sepinggan takkan cukup. Dengan keadaan dan suasana di sini. korang akan terlupa bab nak jaga badan. Hahahaha.. Makan dik, makann ! 

Info : Untuk tempahan , Pak Long hanya menerima tempahan untuk kumpulan yang lebih dari 15 orang sahaja. 

Facebook : Dusun Tok Wak Desa Sentosa 
No telefon : 0195088258 ( Pak Long )


Yearghh... Bersambung lagi ! Banyak sangat nak cerita ni. Kang panjang berjela kalau nak diletakkan dalam satu entri.

#Dekatjer #VisitMalaysia2020 #VM2020 #KBBA9



You May Also Like

15 comments

  1. Bestnye makan dalam sungai. Lauk dia ni yg best ni! Buat tambah banyak kali

    BalasPadam
  2. Menarik ni. Selalu kalau ke Kedah asyik ke Langkawi je. Tak tau adanya tempat-tempat macam ni. Thanks ye share pasal lokasi menarik ni

    BalasPadam
  3. Teori kedua lebih rasional fiza rasa. Hihihi. Aduhhhh bestnyaa aben, tenang dan enjoyy giler tgk gambar-gambar aben kat sana. Rasa nak pergii jeee

    BalasPadam
  4. Tak nampak lain dah, nampak lauk kampung tu ja...

    BalasPadam
  5. Betul Ben kata tu bab makan dan enviroment kt situ.Eirna dh pergi situ sebelum ni.Family day utk anak2 PPKI.Mmg best giler.Satu lg bab kopi madu kelulut tu mmg sedap dan nak tambah lg.Port best utk buat family day.

    BalasPadam
  6. Menarik teori asal usul nama Baling tu. Suka pergi tempat yang ada sungai..rasa tenang je.Makanan pun nampak sedap semua.

    BalasPadam
  7. Menarik teori asal usul nama Baling tu. Suka pergi tempat yang ada sungai..rasa tenang je.Makanan pun nampak sedap semua.

    BalasPadam
  8. Baling memang best, dahlah 40 minit je nak ke Betong, Thailand dari pekan Baling tu. Kalau pergi lagi, sila melawat kawasan sawah padi dan kaki gunung Baling tu, cantik sangat!

    BalasPadam
  9. aritu dah sampai kedah tapi tak smpai tempat ni . nanti nak juga la jalan2 sana

    BalasPadam
  10. Nanti nak pergi sanala.. Best pulak kutip buhala.. Makan dalam sungai.. Prghh

    BalasPadam
  11. Tudia. Makan atas ayaq. Sejuk. Sedap sambal tumis. Pucuk lagi.

    BalasPadam
  12. nasi buluh tu kitorang kat sarawak sebut pulut bungkus, balut pakai daun lerek kan...tapi kitorang kukus, kat sana diorang bakar dalam buluh ekkk

    BalasPadam
  13. Ya Allah , rindu nak balik kampung pakcik kat Baling. Dusun tak payah cakap la Abang Ben. Haihs. Lauk kampung tu , fuh!

    BalasPadam
  14. Makan kat sungai tu nyaman betul..

    BalasPadam