Kanser Paru-Paru : Kenapa Immunoteraphy patut jadi pilihan ? - BEN ASHAARI

Kanser Paru-Paru : Kenapa Immunoteraphy patut jadi pilihan ?

Kanser paru-paru antara punca kematian kanser kedua paling lazim di negara kita dan di peringkat global pula, kanser ini kekal sebagai punca utama meragut nyawa setiap tahun berbanding kanser lain. Ok, cukup intro yang aku amik dari Berita Harian. Padat dan tepat! Hee… Dikatakan lebih 4000 kematian disebabkan kanser setiap tahun.

Diagnosis lewat atau tidak mengambil kisah terhadap setiap simptom sakit sakit yang dihidapi ada punca punca kepada kematian pesakit kanser terutama barah paru paru atau Non-Small Cell Lung Cancer.

Apakah simptom simptom kanser paru paru ini? Antaranya ialah batuk darah atau bahan paru-paru batuk teruk yang kronik, nafas bersiul, sakit dada, kehilangan berat badan atau kehilangan selera makan, dan pendek nafas.

Dan arwah ayah aku salah seorang dari mangsa kanser paru-paru. Hurm...  Aku tak nak bicara tentang penderitaan ayah aku serta ubatan yang diambil arwah semasa melawan kansernya. Aku rasa korang pun tahu mengenainya. Dulu, rawatan untuk kanser peringkat lanjut memang kurang tapi kini ada pilihan dan ia memberi harapan untuk pesakit kanser terus melawannya! Dan ramai pun berjaya!!! Alhamdulillah..


Baru-baru ni aku ada hadiri satu bengkel perubatan yang bertajuk "Lung Cancer And Me" di PLOY Damansara. Satu bengkel yang cukup membuka minda aku mengenai kanser. Walaupun ringkas tapi infomasinya cukup untuk aku berkongsi dengan rakan rakan yang berminat.


Dalam bengkel tu, Perunding Onkologi Klinikal iaitu Dato' Dr Mohamed Ibrahim berkongsi infomasi mengenai kanser dan cara ubatan terkini yang mampu melawan penyakit kanser. Seterusnya memanjangkan hayat pesakit kanser. Katanya lagi, ada kes-kes pesakit yang mengambil rawatan Immunotherapy memberi kesan positif.


Immunotherapy... Wah! Salah satu rawatan terkini yang mempunyai kurang kesan sampingan dengan profil toleransi yang tinggi! Tidak seperti chemotherapy.




Secara ringkasnya, Immunotherapy juga dikenali dengan immuno-oncology merupakan bentuk rawatan yang membantu sistem pertahanan diri (sistem immunisasi) menyerang dan memusnahkan sel kanser. Ia juga mampu membantu badan pulih dari kesan sampingan rawatan.  



Kenapa Immunotherapy?
Rawatan Immunotherapy hadir dalam pelbagai bentuk termasuklah dalam menyerang antibodi, cancer vaccine, adoptive cell  transfer,  tumor-infecting  viruses,  checkpoint inhibitors, cytokines, dan adjuvants.

Immunotherapy meningkatkan sistem imunisasi dengan keupayaan mengenalpasi, meyasarkan dan memusnahkan sel kanser di mana saja ia berada di dalam badan. Immunotherapy disyorkan bagi pesakit dengan penyakit lanjutan atau bagi pesakit dengan kemoterapi berasaskan platinum yang tidak lagi memberikan kesan rawatan positif. Ia juga boleh digabungkan dengan beberapa cara rawatan kanser yang sedia ada. Setakat April tahun ini, FDA telah meluluskan hampir 20 indikasi Immunotherapy sebagai rawatan kanser.

Kesan sampingan rawatan Immunotherapy kepada pesakit kanser tidaklah seperti rawatan kanser yang lain. Pesakit akan alami batuk beterusan, sukar untuk bernafas untuk seketika, sakit dada, rasa lesu, hilang selera makan dan kekuranga berat badan. Tapi, pesakit boleh tahan kesan sampingan dan boleh dirawat jika berjumpa doctor serta-merta.

Berbeza dengan rawatan kanser yang lain seperti chemotherapy yang menyerang hampir semua sel (kanser dan bukan kanser), Immunotherapy mengajar sistem imunisasi kita untuk menjadi lebih pandai untuk mengenal pasti sel kanser dan memusnahkannya.


Dalam erti kata lain, di zaman ni selain rawatan kanser yang sedia ada, kita sudah ada pilihan rawatan yang tidak memudaratkan untuk pesakit kanser. Selain rawatan, pesakit kanser turut kena bersemangat untuk melawan sel-sel jahat ni. Kena amalkan gaya hidup yang positif. Jaga pemakanan, aktiviti harian serta rakan rakan perlu juga membantu mereka.


Dr. Choo Mei Sze, a cancer suvivor turut berkongsi pengalamannya di bengkel tu. Menceritakan detik detik dari awal hinggalah hari ini, sedikit sebanyak menyedarkan betapa kanser ini mampu menyerang sesiapa saja tanpa mengira umur dan bangsa!
  
Akhir kata, kanser bukanlah hukuman maut dari Tuhan. Sama seperti penyakit lain, ianya memerlukan rawatan serta terapi dari pakar. Kena jaga pemakanan, banyakkan bersenam dan jalani hidup postif. 


#LCAM
#LCAndMe
#TacklingLungCancer
#KnowYourLungs
#KnowYourOptions
#ImmunotherapyNewHope
#LungCancerAwarenessMonth

Dikuasakan oleh Blogger.