Mereka mencontohi kita dalam diam ! - BEN ASHAARI

Mereka mencontohi kita dalam diam !

Aku ingat lagi pertanyaan Qhaliff dalam kereta.. 

" Daddy , kenapa orang tu hisap rokok ? Hisap rokok tak elok kan ? Daddy tak hisap rokok pun..".

Aku terdiam. Orang tu... hurm... 

" Yer , rokok tak bagus. Merosakkan kesihatan dan juga mencemarkan alam sekitar. Qhaliff besar nanti , jangan merokok yer. " kata aku pada dia.

Di rumah mak aku baru baru ni .. 

" Pak Ngah... Pak Ngah gi gym tak ? Aniq nak ikut boleh ? " kata anak buah aku. 

Hurm... nak bawak ke tak eh ? Kang diorang main main dalam tu. 

" Petang karang. " jawab aku ringkas. 

Dan petang menjelma... aku bergerak ke gym seorang diri. Berjalan kaki di dalam gerimis. Tiba tiba terdengar suara seseorang memanggil aku.. 

" Pak Ngah , Pak Ngahhh ! Ni ibu kasi.. " Aniq suakan earphone pada aku. Kemudian dia berpatah balik. 

Hurm... 

" Nak pergi mana tu ? Dah.. jom ikut Pak Ngah gi gym... " arah aku. 

Seronok la dia. Sesungguhnya dia memang nak ke gym untuk kuruskan badan dia. Kesian aku tengok dia gak sebenarnya. Usia muda tapi terlalu berlemak ! Gara gara pemakanan tidak seimbang sewaktu kecil. 


Dan di gym... aku minta kawan aku , tolong ajarkan dia. Bagi semangat untuk mulakan langkah berjinak jinak dalam dunia fitness. Dia memang nak lama dah. Cuma takda pendorong. Aku tak nak galakkan lagi sebab dia sibuk dengan pembelajaran dia. 

2 hari berturut dia gi gym. Kawan aku hantar gambar. Alhamdulillah. Selepas abis kelas agama , aku suruh dia ke gym sejam. Mintak mak dia hantarkan. Beri sokongan. Jangan tunggu dah obes baru nak mula.. Hurmm..



Jagalah pemakanan anak anak kita. Mereka tak tau apa apa. Hanya tau nganga dan kenyang ! Kita jangan sumbat racun ke dalam badan mereka ! Jangan ingat berlemak itu tanda bahagia !

2 ulasan:

  1. tak lama lagi ikut jejak pak ngah la berbadan sado

    BalasPadam
  2. Susah sebenarnya nak jaga pemakanan kita sebab semua makanan sedap.Akak le tu.!

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.