Dato' Ahmad Zaki buktikan usia bukan penghalang jadi Badang !

by - Rabu, Oktober 23, 2019

Aku follow Dato' Ahmad Zaki Jinlapudin ni lama dah. Teruja dengan sukan yang dia sertai. Aku nak join, rasa rasanya terlewat sangat dah ! Angkat tayar stroller anak pun dah sakit pinggang ! Hahaha.. Ahaa... lupa lak.. Dato' Ahmad Zaki ni berkecimpung dalam sukan strong man ! Dan tahun ni, kerap aku tengok dia masuk pertandingan. Hahahaha.. 

Yang paling aku teruja ialah semangatnya ! Berkali cedera malah sering dikritik namun semangat juangnya tak pernah putus ! Dan akhirnya , baru baru ini bertempat di Labuan Strongest Man Challenge 2019 ,juara adalah miliknya. Untuk kategori 95kg ke bawah.

Berusia 35 tahun , Dato' Zaki seorang yang cukup berdisiplin dalam menjalani latihannya. Cuti bila badannya terlalu penat. Jika tidak , beratus kilo dia akan angkut setiap hari ! Huhuhu. Tak mampu aku weh ! 


 

Untuk pengetahuan korang , Dato' Zaki juga ada buat kelas fitness dan juga pelbagai kelas untuk penjagaan kesihatan ni !  Nanti follow Fb dia untuk dapatkan info eh..


Tahniah buatnya. Selepas ni ada cabaran yang lebih gempak menanti ! Semoga beliau dapat melakukan yang terbaik !

Facebook : https://www.facebook.com/zkstrongman



You May Also Like

2 comments

  1. eh sama umur plak dgn dato ahmad zaki. hehehehe

    BalasPadam
  2. btul..usia bukan penghalang kita nk buat apa2 jnis perkara pun..

    BalasPadam