Kembali ke Ulu Legong Hotspring !

by - Selasa, Disember 03, 2019



Aku pernah bercerita pasal tempat ni ketika bersama Fam Trip Kedah beberapa bulan lepas. Dan keseronokkan pengunjung bermain air di waktu malam ketika tu  , memang pastinya idaman anak anak aku. Ada sekali tu , aku bervideo call dengan diorang , aku tunjuk tempat ni. Sian tengok keterujaan muka diorang. Baca di SINI

Berjanjilah aku pada mereka. Dan Alhamdulillah , Allah panjangkan umur dan mudahkan urusan untuk aku. Di kala tempat dah penuh , aku masih dapat lagi bilik. Berkat ikut Fam Trip tu. Hehehe.. Rezeki anak anak. 

Semalam di sana... Dan... Huhuh.. Seronok tengok diorang seronok walaupun risau tu ada. Risau takut tergelincir jer terutama si kecik tu. Dah berapa kali jatuh dek kerana seronok bercuti ! Benjol la gak kepala tu. Jatuh di bilik hotel. Licin lepas mandi kolam. Haih.. Nasib tak serius..


  



Yang bagusnya , kolam ni senantiasa dibersihkan ! Sebab tu aku sanggup ke sini walaupun dah penat dan juga sambut hari lahir aku kat sini bersama keluarga tercinta ! Puashati walaupun santai jer.. 

Bagi korang yang tak tau nak bercuti ke mana ? Nah... amik cuti di hari biasa dan datanglah ke sini. Confirm puashati ! Sebelah malam , ada kedai makan dibuka. Jangan risau. Nasi lemak sedap kat sini.. hehee.. 

Oh ya.. korang boleh berendam sepuashati. Dari subuh , hingga ke subuh. Jangan lupa solat dah la. He..




You May Also Like

0 comments