Silat di sekolah ? Tidak sama sekali ! Universiti , yer !

by - Isnin, Disember 02, 2019

Kenapa aku tak sokong ? 


Viral video kes buli di sekolah sekolah , kan ? Tak kira jantina. Bukan baru lagi ! Dah lama dah.  Masa aku sekolah dulu yakni 26 tahun yang lepas... mereka yang ada seni mempertahankan diri , memang jadi leader la di sekolah ! Wujud geng geng gitu ! Satu kelebihan buat mereka ! Bagus la..

Tapi bagaimana yang salah gunakan kelebihan tu ?? Jadi samseng di sekolah. Ugut nak pukul cikgu ? Lebih lebih lagi cikgu perempuan ? Hurmm... Dan bayangkan jika mereka semua ini ada ilmu pertahankan diri .. masing masing nak test power sapa lagi power ! Adakah itu sihat ?

Perlu tahu ,anak anak kecil ni depan mak ayah.. pijak semut pun tak mati ! Dan masih berakal singkat.  Jika nak dibuat juga , buatlah seperti kelas taekwando gitu. Bukan mewajibkan semua pelajar. Gitu ok la.. 

Dan yang perlu dijadikan kokurikulum sekolah dan wajibkan ialah PELANCONGAN NEGARA ! Nah... di sini Pihak Kementerian Pendidikan patut gabungkan pelancongan dan sejarah  Malaysia.  Bagi murid murid ini mencintai negara mereka sendiri ! Tidaklah asyik bila cuti sekolah tiba , ajak melancong ke luar negara jer ! Haaa... Dan biarlah mereka kenal pokok pokok serta hidupan liar di negara kita , sewaktu mereka kecil lagi ! 

Dan besar.. baru la boleh kasi mereka bersilat ! 

You May Also Like

2 comments

  1. silat bentuk disiplin. apapun harp kementerian boleh pikir yang baik2 untuk generasi anak2 kita

    BalasPadam
  2. ada betulnya apa yg ben utarakan dalam post ni :)

    BalasPadam