Betul ke boleh jana pendapatan dari blog ?

by - Rabu, Jun 20, 2012

 

Soalan :

“ salam..saya nk tanya sikit boleh ?? betol ke blog boleh menjana pendapatan mcm abg kata dekat kosmo hari tue..??mcam mana ye?boleh ajar sy? “ .

 

Jawapan :

Sejak dari dulu lagi , kita dah sedia maklum bumi milik Allah ni dah menyediakan pelbagai jenis rezeki diatasnya .. Macam macam jenis ada .. Ada yang kita sedar dan ada yang tidak .. Yang kita sedar , cumalah $$ .. Yang tak sedar ? Sebenarnya banyaakk .. Nak kata apa kan ? Kita cuma manusia yang malas nak berfikir .. Bila aku sebut KITA tu , termasuklah aku . Jadi , jangan la nak terasa sangat eh ..

Berbalik pada soalan tu , betul ke ? Apa tak betulnya ? Dengan air liur pon kita boleh jana duit , apatah lagi blog ni haa .. Cuma kita kena tau la apa nak dibuat dengan blog ni haaa .. Kalau takat buat blog pastu biarkan je , mana nak ada duitnya kan ? Kenalah ‘bercucuk tanam’ ke atasnya .. Baru la ada pulangan ..

Sebenarnya , aku tak layak nak jawab soalan ni .. Tapi aku berkongsi je la apa yang aku tau .. Dalam blog ni , pendapatan boleh dihasilkan melalui banyak cara . Antara yang aku tau dan aku buat ialah melalui pengiklanan .. Cara lain , melalui penjualan secara lansung (blogshop ). Mereka jual dengan harga yang jauh lebih murah dari di kedai tu .. Tak tau la kot ada yang jual mahal ..

Ada yang buat kaunseling di blog. Bila ada yang berminat , mereka akan berbincang melalui skype atau sebagainya. Bayaran dikenakan disitu .. Haaa .. mmg ada okeh !

Cara lain tu , aku tak sure dan tak berpengalaman mengenainya .Jadi aku tak leh la nak cerita lebih .. Kebanyakkan blogger lebih gemar pada pengiklanan .. Kalau mereka kata blog yang popular saja yang boleh menjana pendapatan , maka mereka salah ! Banyakkan berkawan dengan blogger dan luaskan lagi network anda ! InsyaAllah , anda akan faham maksud saya , satu hari nanti ..

Yang penting , niat kena betul . Kalau bercita cita nak jadi juwatan , rasanya kena lebih perluaskan la skop tu.. Tak leh la harap dari blog , nak pakai Ferrrari . Untuk cukup makan tu , ok la kot.. Atau lebih dari tu.. Kaya tu , bukan dari blog tapi dari perniagaan di internet .. Tu aku percaya ..

You May Also Like

9 comments

  1. jana pendapatan dengan iklan nuffnang ! kehkehkeh

    BalasPadam
  2. Moga anakanda kaya, berjaya,bahagia dan diredhai dunnia akhirat.

    BalasPadam
  3. Memang boleh buat duit dari berblogging ni. Tengok je blog bro Ben ni pun tahu ada iklan dan sapa2 nak letak iklan konpem kena sewa tapak.
    Lagi, melalui Pay Per Click cam nuffnang, advertlets, clickbank, adsense dan sebagainya - yang ni kenalah dapatkan unique klik (IP Address berlainan). Jika sama, nmpk sngt ada The Rock tengah masak ikan.
    Jika nak buat bisnes affiliate pun boleh, macam untuk Amazon.com dan kat negara kita ada kelab jutawan dsb.
    blogshop pulak macam produk2 seperti jersi, supplement dan sebagainya. Jika ada produk sendiri lagi berbaloi, boleh kawal harga pasaran.
    Blogkan video menarik yang dah diupload awal2 kat YouTube. Youtube tu kenalah ada akaun adsense. Nanti orang klik kat iklan kat video YouTube, dapatlah sedikit pendapatan. Jika kena dengan iklan yang unik, boleh dapat smp RM1 per klik.
    Banyak lagi cara, sergah je blog bro Ben ni.

    BalasPadam
  4. smga sme2 dmurhkn rzki..ske tgok kt tv tu..hepi fmly

    BalasPadam
  5. Betul boleh. Mcm2 ada. Kena bykkan membaca dan menambah ilmu. Jgn dok harap di suap jer. :)

    BalasPadam
  6. susah la kalau blog semata-mata nak duit je

    BalasPadam
  7. Jana Pendapatan dalam 60 hari. Tak perlu cari downline. Baca Selanjutnya:
    http://eurofx4u.com/sidefx

    BalasPadam