Bila manusia semakin mementingkan diri ..
Mengucap panjang aku bila baca Mstar Online tadi .. Yelah , sepanjang hari aku sibuk dengan hal dunia , ni baru sempat nak bukak akhbar .. Baru nak baca skit skit .. Dan , aku geleng kepala kembali ..
KEMALANGAN BAS...Keadaan bas RapidKL yang dipandu Ismail Ahmad, 54, terbabas di simpang empat Persiaran APEC, di Cyberjaya selepas merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipandu Foo Hong Kam, 55, yang memecut laju di persimpangan lampu isyarat di sini, Rabu. Hong Kam maut ditempat kejadian ekoran kecederaan parah di kepala manakala Ismail pula disahkan meninggal dunia di Wad Kecemasan Hospital Putrajaya akibat cedera parah di kedua-dua belah kaki. –FotoBERNAMA ( Mstar Online )
Aku pelik la dengan sikap manusia yang tak berhati perut bila di atas jalan raya. Padahal , bila tak pegang stering kereta tu , orangnya baik serta sopan santun. Tapi bila memandu , serupa kena rasuk jin jalan raya lak .. Er , ada ke jin jalan raya ? Nanti ada la tu producer rajin buat filem mengenai jin tu haa ..
Hari ni saja dah cukup buat aku tensen bila memandu tadi. Yang belakang sibuk menghimpit kita sedangkan kita sendiri dah cukup ikut kelajuan yang dibenarkan .. Himpit macam nak sondol kita ! Geram !! Ikut hati aku nak break terus je kereta !! Tapi bila memikirkan anak bini yang ada atas kereta , mmg aku pendamkan je la ..
Bila duduk lorong tengah , yang makan angin atau serupa macam dok mengayuh basikal pon ada gak .. alahaiii ..saboi je laaa .. Tapi bila depan traffic light , dia bantai pecut ketika lampu kuning ke merah .. Haaa.. Kita yang kat belakang ni gak sangkut .. boleh gitu ??
Yang suka langgar lampu isyarat ni , mmg banyak .. Tak nafi aku pon suka langgar tapi ketika takde kereta langsung .. langsung yer ! Tapi jangan contohi.. tak elok .. Dan satu lagi spesis yang menyakitkan hati , spesis yang tak reti bagi lampu isyarat kereta tu.. Main celaaahh jer … Spesis ni , kebanyakkannya yang bawak kereta mewah .. Aku rasa mungkin diorang tak baca manual kereta tu kot.. Kira tak tau mana satu nak tekan la tu.. Maafkan je la.. Grr ..
Mintak tolong la yer .. nasihatkan diri kita sendiri , orang yang kita sayang , kawan kawan ketika memandu .. Nyawa kita ni rapuh .. Kalau mati terus , tak pe .. bersoal jawab jer terus .. Tapi kalau sampai masuk wad kemudian patah riuk sana sini , sapa yang nak jaga kita nanti ?? Cer pikiaq tgk .. ok ?
8 comments
Apa pun, kita kenalah selalu sabar.Biarlah org lain memandu macam hantu....
BalasPadamKadangkala kesilapan manusia lain dan kita menjadi mangsa...kesian pakcik drebar bas ni
BalasPadambetul tu... Memang geram la.. Tambahan lagi yang bawak teksi tu... Suke sangat kot org langgar depa ni...
BalasPadamhttp://azmengs.blogspot.com/2012/06/teksi-kl-memang-selalu-buat-aku-tunjuk.html
ramai yang dok lorong tengah tapi bawa kereta sambil sembang kedai kopi
BalasPadammalang tidak berbau..semoga allah selamatkan perjalanan kita semua..
BalasPadamDiorang ni selfish..
BalasPadamKadang2 kita berjaga2 orang lain pulak yang belasah kita.. Sabaq ja la... Macam2 ragam manusia ni. Banyak dah yg tak sayang nyawa..
BalasPadamsaya pun pernah hadapi situasi di mana mase tu saya punya berhati2 memandu, tp dtg org lain habis dia langgar kereta kami. sakit betul hati! mmg hantu betullah!
BalasPadam