Gigi jongang disebabkan bayi hisap jari ?

by - Sabtu, Jun 23, 2012

 

Benarkah ? Ada yang tak kasi bayi hisap jari mereka kerana bimbangkan anak mereka akan bergigi jongang .. kan ?

IMAG1043 IMAG1374

Menurut Pakar Perunding Kanan Ortodontik Klinik Pergigian Bangsar, Dr. Norlian Daud amalan menghisap puting botol atau puting tiruan perlu dielakkan sejak awal bagi menghindari masalah tersebut terjadi.

Bahagian dalaman mulut ini amat kompleks kerana ia merupakan kombinasi tisu lembut dan keras.

Bentuk mulut si kecil amat mudah berubah atau dilentur dengan hanya menghisap jari. Kanak-kanak bawah enam tahun lebih berisiko tinggi kerana pembesaran bahagian mulut dan rahang mereka amat aktif.

Apabila ada tekanan di lelangit, gigi dan rahang, ia dengan mudah mengubah bentuk asal bahagian mulut.

Banyak kajian pakar ortodontik mendapati amalan menghisap jari dan puting menjadi faktor utama perubahan struktur rahang serta gigi.

Selain suka menghisap jari, gigi berlapis, bentuk gigi yang abnormal serta kehilangan gigi akibat rosak atau kemalangan juga menjadi faktor kepada pembentukan gigi jongang.

Jongang ditakrifkan sebagai perbezaan jarak antara gigi atas dan bawah yang berselisih melebihi empat milimeter (mm).

 

Satu lagi info mengenainya ..

Pensyarah dan Pakar Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja, Fakulti Perubatan, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Wan Salwina Wan Ismail berkata, puting kosong merupakan transitional object yang boleh menenangkan anak yang sedang menangis. Ia ibarat 'pengganti' ibu yang sentiasa memberi perlindungan kepadanya apabila dia memerlukan sesuatu. Dengan adanya puting kosong ini, anak akan berhenti menangis dengan segera kerana ia adalah reaksi semula jadi ketika diberi susu botol. Dengan menghisapnya, bayi akan merasa lebih selamat dan terlindung serta lebih selesa walaupun ketika berjauhan dengan ibu atau penjaganya. Bagaimanapun, adalah dinasihatkan tidak menjadikanya satu kebiasaan apabila bayi sudah semakin besar. Jangka masa tidak boleh ditentukan, seboleh-bolehnya harus diberhentikan secepat mungkin.

Menurut Dr. Wan Salwina, tidak dinafikan apabila sudah dimulakan dengan menggunakan puting kosong, kebiasaan itu agak sukar untuk ditinggalkan. Pasti anak akan menangis malah tidak boleh tidur atau tercari-cari puting kosong sehingga ibu tidak sampai hati, lalu memberinya kembali. Walaupun agak memedihkan, ibu harus cuba menghentikannya secara beransur-ansur dan membantu anak melupakan puting kosong.

Terdapat beberapa pendapat, tabiat menghisap puting kosong yang terlalu lama berkemungkinan mengganggu pertumbuhan gigi dan memberikan penampilan yang kurang menarik. Gusi atas akan lari dan pertumbuhan gigi menjadi tidak sekata sehingga menjadi jongang. Ia akan berkekalan sehingga dewasa dan boleh menyebabkan rasa rendah diri dan lebih teruk akan menyusahkan untuk mengunyah makanan. Bahkan, apabila mereka dewasa, terpaksa pula berjumpa dengan pakar gigi untuk membetulkan susunan gigi menggunakan alat braces atau yang terlalu teruk terpaksa menjalani pembedahan rahang. – UTUSAN

Jadi , terpulanglah pada kita untuk menentukan hala tuju arah gigi anak kita .. hehee ..

You May Also Like

9 comments

  1. Kalau free2 tu, Abg Ben boleh jengok2 blog saye pasal topik ni

    http://reeneeraaid.blogspot.com/2011/07/thumb-sucking-behaviour.html

    BalasPadam
  2. En.Ben, xbagus jugak utk kesihatan bile kanak2 da besar bila da terbiasa hisap jari,takut nanti bile da leka bermain n jari kotor,terus masuk mulut then dapat penyakit lain pulak..Ade terjadi pada my niece dlu..

    BalasPadam
  3. Betul tu...anak saya harris x pakai puting...mmg dia x nak...gigi pun cantik..lgpun x bgus utk bb.

    BalasPadam
  4. jongang sebab hisap jari taktau pulak. tapi jongang sebab hisap puting tu ye. bibir atas pun akan tebal and terangkat. tak elok sangat rupe nye.

    BalasPadam
  5. jd betul la sbb musabab org dulu2 larang..org dulu2,mmg bijak..^^

    BalasPadam
  6. biasanya deno dgr jingang sbb hisap puting je

    BalasPadam
  7. erk, hisap jari jongang ke?
    abg saya, saya sendiri, dan adek saya..
    kami bertiga hisap jari, tak ade jongang2 pon..cantik ade lah..
    kalau nak banding kakak saya dan adik saya dua org, tak hisap jari, gigi diorg tak cntik, teralih lah..
    saya setuju kalau kotor, adik yang 5tahun masih hisap jari, belom stop lagi, sentuh macam2 masuk mulut..so far xmasuk hospital lagi...hehehehe

    kami tiga2 gigi cantik..tersusun rapi.. :)

    BalasPadam
  8. anak sulung saya pernah hisap puting kosong hingga umur setahun dan giginya sedikit jongang! lantas saya terus ceraikan dia ngan puting. skang ni alhamdulillah, gigi dah semakin cantik :D

    BalasPadam
  9. Fuyyooo, qhaliff buat fiwwwwwitttt.....hahahaha

    BalasPadam