Janji ditepati .. Putrajaya semakin canggih !

by - Jumaat, Jun 22, 2012

 

Dulu masa mula mula pembinaan Putrajaya dan Cyberjaya ni , aku dengar pihak kerajaan akan menyediakan kemudahan internet percuma. Perghhh.. Seronok giler  laaa masa tu.. Kira untung laa sapa duk kat situ ..

Bertahun tahun berlalu , mmg rezeki aku dapat tinggal kat Putrajaya ni .. Serius ! Memang betul laaa internet percuma kat sini .. Korang boleh akses internet di mana mana saja ! Percuma tanpa kata laluan lagi ! Kira nak bertweet ngan PM tercinta pon senang laaa .. Haa .. Tu belum lagi nak update blog atau baca blog PM .. Best kan ?

Kat Alamanda pon ada .. Free jer .. Kat mana mana pon ada internet .. Sambil berjalan boleh balas komen kengkawan kat FACEBOOK .. Best kan ?

Kat rumah ? Haaa ! Lagiii laaa … Tak payah nak langgan UNIFI .. Maklumlah , penjawat awam gaji besar mana sngat nak langgan itu ini kan ? Jadi dengan penjimatan tu , boleh la penjawat awam g makan kat kedai kedai area Putrajaya ni yang standard harganya cam nun kat Hollywood tu .. Jimat , jimat ..

Pasni , aku sekeluarga nak pindah keluar dari Putrajaya .. Alaaa… ruginyaa rasaaa .. Segala kemudahan percuma ni , aku tak rasa daahh .. Kira selepas ni kena bayar dah semuanyaa .. Dan tak merasa dah tengok lampu lampu berkelipan indah di sana sini terutamanya di kawasan bangunan kerajaan tu .. huhu ..

Apa pon , terima kasihlah pada kerajaan kerana menunaikan segala janji anda pada rakyat. Alhamdulillah , kami dapat simpan duit untuk beli rumah yang layak untuk kami duduki .. Yang besar besar tu , kasi je kat warga asing .. Memang buat khas untuk mereka kan ? Tak pe , kami memahami bila kerajaan mendahulukan kami ..

‘Percuma’ la sangat kan ? Ada menda percuma di Malaysia ni ? Adaa .. tabur janji ..

You May Also Like

16 comments

  1. lepas nie abang ben pindah mana ?

    BalasPadam
  2. syooookkk nya nak gak kat sini huhuhu

    http://zaidatulaznishamsuddin.blogspot.com/

    BalasPadam
  3. waaaa....mcm kat tokyo..rase nak duk kat putrajaya je

    BalasPadam
  4. Alamak, kita konpiuslah.. kat rumahpun dapat free internet ka? duk presint berapa? asal mek tak dapatpun.. kiter gaji tak berapani terpaksa gak melanggan berukband yang macam takberapa cukup kaki.. jalan slow bukan main.. huh :(

    Kenapa kita tak dapatpun keistimewaan sebegitu rupa??

    BalasPadam
  5. Statement saudara Ben ni macam ada maksud yang tersirat jer..apa2 pun hati bila nak berkata2 kerana dah ada banyak contoh'kerana mulut badan binasa'..Wallahua'lam..

    BalasPadam
  6. abg ben duk kt precint brape? sy x dpt pon free wifi tuu. kalau kt alamanda boleh la, tu pn sbb tmpg mne2 kedai yg ada free wifi. hahah. btw sy pun gne unifi gak! ^^

    BalasPadam
  7. seronok betol..dlu dok putrajaya belom ad lg...nk dok sne blik la...hehehe

    BalasPadam
  8. amboi ben, kiasan yang sungguh menyentap jiwa kakakaakka

    BalasPadam
  9. Ahah! Kerajaan kita yg paling 'pemurah' kan? Jd jgn lupa bersyukur (tgn di dada, mata ke atas)

    BalasPadam
  10. Presint 5 x dapat pun abang ben...

    BalasPadam
  11. korang x perasan ka..abg ben ni perli janji kerajaan dulu,, sampai skng x de wifi free lg.. tpi yg org pj dok tnya2 mne wifi free.. mamang x da la,, dia perli tuh.. wakakaka

    BalasPadam
  12. tengok gambar tu pun dah tau, abg ben perli kerajaan. haha. semua nak secured with password. yang hadoooo.. FREE SANGAT!

    BalasPadam
  13. huyyoo...tersiratnye abg ben..

    tu la..saya dok presint 14 ni..

    nak dpt line tv pon susah...

    nak dpt line tepooon pon susah..

    kne kua rumah br leh dpt line..

    line free kan... ;)

    BalasPadam
  14. hehe..sume parti politik mmg boleh tabur janji mcm2..tk kira la krjn atau pembangkang.. kt rakyat yg celik ni..jgn mudah percaya n berharap..tu je.. :)

    BalasPadam
  15. ehhh yeke putrajaya ada internet fre gini..aduiii sya dh lme kua putrajaya.!!
    Ibu saya yg cadangkan suh baca bLog bro.Pasal Ibu sya ada baca dlm akhbar berkenaan kerajinan bro menulis blog. Haaa..bole gitu.So jd kwn la kite ye. Pindah Sepang ye bro..?

    BalasPadam