JW MARRIOTT KUALA LUMPUR’S RAMADHAN BUFFET 2012
Ramadhan muncul lagi . Bezanya , kita jer .. Samada nak perbaiki amalan kita atau nak pertingkatkan lagi.. Tamo kurangkan okeh ! Dan cam biasa , ramai antara kita gemar berbuka di hotel hotel atau restoran yang menyediakan perkhidmatan buffet berbuka puasa ni .. Kira makan sampai pengsan la kan ? Heheh ..
Tak ketinggalan antara hotel yang telah pon menyediakan buffer juadah berbuka puasa tradisional Melayu yang sangat melazatkan ialah JW MARRIOT KUALA LUMPUR .
Bertempat di tingkat 4 Starhill Conference Centre , para pengunjung bakal menikmati suasana yang telah diubahsuai ala ala kampung sambil menikmati juadah berbuka puasa. Bayaran RM60.00 ++ seorang , dikenakan jika ingin menikmati di bahagian ini ..
Atau jika ingin lebih menarik dan santai , bolehlah menikmatinya di kawasan kolam renang di tingkat 6 , dengan bayaran yang dikenakan sebanyak RM70.00++ seorang .
Antara juadah-juadah yang akan disajikan pada pengunjung nanti ialah Tongkeng Ayam (Bishop) Goreng Bercili, Daging Salai Masak Lemak dengan Bachang and Kupang Masak Rampai.
Selain dari itu ada ulam-ulaman petai, kacang botol, ulam raja, dan Jantung Pisang dan sambal belacan, cincaluk, budu ,tempoyak sebagai penambah selerea !
Antara hidangan lain seperti acar buah, acar jelateh, dan keropok ikan. Selain dari tu ada gak Ramadhan bazaar stalls seperti nasi dagang, satay, ikan bakar, ayam tandoori, roticanai ,nasi ayam, ais kacang, buah-buahan dan macam macam lagi ..
Untuk tempahan sila hubungi 03-2719 8666 atau e-mail kepada bukapuasa@ytlhotels.com.my.
Masak lemak cili padi
Rendang Daging
Sambal Udang Petai
Tongkeng Ayam Goreng Bercili ( Chicken Bishop )
5 comments
Huwaa! Daging salai! Sedapnyer.. Dah la tengah menyanyi2 nak makan daging salai nih.. Cicah ngan air asam.. Wah! Asikkkk..! ^o^
BalasPadamkalau ada rezeki lebih ni boleh terjah ni
BalasPadamKalu mkn kat hotel confirm xterawih malam tu..hehehe..
BalasPadamDah melantak sampai abis..ehehe
selamat menyambut ketibaan ramadhan... :)
BalasPadamnampak sedap jer makanan tu.. :)
assalam, sekali sekala boleh jugak pekena hak yang ni....
BalasPadam