Antara realiti dan fantasi mengenai mandikan bayi

by - Khamis, Jun 21, 2012

 

IMAG1421

Kalau mandikan guna air sejuk , tulang baby akan kuat .. Kira bagus la mandikan baby guna air sejuk ni ..

Itu antara petua orang dulu dulu la.. Nak lagi best , siap ada selawat dan bacaan tertentu untuk kuatkan tulang baby ni .. Kang kuat sangat , mak bapak lak dia lawan .. Yelah , dah tak lut kena sebat.. Hehehe ..

Betulkah fakta ni ? Hurmmm …  Antara fakta yang aku jumpa berkenaan mandikan baby dengan air sejuk ..

Ada kepercayaan kononnya memandikan bayi dengan air sejuk boleh membuat daya tahan tubuhnya meningkat. Sudah tentu pendapat ini tidak benar. Malah, air sejuk boleh membuat  metabolisme dan pembakaran dalam tubuhnya meningkat menyebabkan makanan yang diserap tubuh bayi cepat habis kerana digunakan untuk menyeimbangkan semula tubuh bayi. Ini menyebabkan bayi mudah hilang tenaga, cepat lemah dan berisiko jatuh sakit. Sebaiknya mandikan bayi dengan air suam yang tidak terlalu panas. Namun, jangan terlalu lama agar tubuh bayi tetap seimbang kehangatannya.

Jadi , camana ? Nak percaya atau tidak , terpulang pada korang sendiri.. Tiada paksaan .. Setakat aku tau, takde bayi mati lagi sebaab mandi ngan air suam atau sejuk , kan ? Tapi mati lemas  kerana kecuaian penjaga dia tu , mmg ada .. haaa ..

Yang penting anda tau apa yang perlu untuk bayi and .. Keselamatan dan kesihatannya adalah penting sekali ..

Untuk Qhaliff , skang ni mmg mandikn denan air suam .. bila dah besar skit baru kasi air sejuk .. Itu perancangannya laa… Tak yah gaduh gaduh pasal info ni .. Sendiri boleh fikir yer ..

You May Also Like

7 comments

  1. aku yang umur 26tahun ni pun mandi air panas..wohohoho

    BalasPadam
  2. Anak2 saya semua mandi air sejuk...tak menangis pun...sampaila dh sekolah...kalau mandi air suam, anak saya tak nak....hurmmm...tapi tak semua bb yg nak mandi air sejuk...

    BalasPadam
  3. Takpe lah kan Qhaliff, asalkan yang terbaik untuk Qhaliff, walaupun Qhaliff baby modern tapi yang lama dilupa jangan ok. Walaupun cara mereka tak selari dengan buku2 modern, tapi mereka punya cara2 tersendiri. Kena faham mereka hidup zaman berbeza dari kita, masa mereka tidak lah semodern sekarang. Apa yang elok kita guna, apa yang rasa tidak, boleh lah di abaikan...

    BalasPadam
  4. assalam, jarang bayi sebaya Qhaliff dimandikan air sejuk terutma waktu pagi...bukan pa takut dapat selsema, dll yg seumpamanya

    BalasPadam
  5. baby saya pun sampai 8 bulan mandi air suam.. masuk 9 bulan ajar skit2.. taknak mendesak sgt smpai dia nangis. Dari air suam tu.. krgkan skit suam dia biar sejuk yg tak sesejuk air paip.. kira hari2 ke hari krgkan suam air smpai skrg totally air sejuk 100% dia mandi. cara tu buat baby sy x tertekan bila nak mandi.. so, dia x menangis bila mandi air sejuk. Tu cara saya ajar baby sy mandi air sejuk la. Tak terus on the spot tukar dari air suam ke sejuk terus. sebab tu buat mcm tu. at least.. dia terima kesejukkan air tu skit demi sedikit smpai dia blh terima 100% air sejuk. tu cara saya yg tak ikut mana2 petua just utk baby sy jer

    BalasPadam
  6. Tentang selawat ke atas Nabi memang patut di amalkan..tak kiralah waktu bila pun,mandi anak ,pakaikan baju anak,tidurkan anak,begitu juga ketika memasak..Selain tu pendengarkan kt anak Asmaul Husna..

    Insya'Allah anak2 tak akan melawan kedua ibubapanya malah mrk lebih besabar dlm mengharungi kehidupan yg mendatang dan serba mencabar ni.

    BalasPadam
  7. masa umur anak saya sebaya Qhaliff ni memang tak pernahnya saya bagi mandi air sejuk.. memang air suam jer.. tapi makin meningkat umurnya saya perlahan2 ajar dia mandi dengan air sejuk sikit.. :) ada juga terdengar orang tua2 kata kalau biasakan mandi dengan air sejuk tu tulang dia kuat.. :)

    BalasPadam