Houses of Lightings .. Murah eh ?

 

Terletak di Bandar Puchong Utama , kedai menjual lampu perhiasan ini mejadi destinasi kitorang ( aku,wife n Qhaliff ) untuk membeli  lampu dan kipas , untuk rumah baru kitorang ..

IMAG1423-1

Menurut wife yang dah berminggu survey menda menda ni ( mmg bidang tugas dia berbanding aku yang lebih gemar angguk ) , kedai ni menawarkan harga yang menarik serta berpatutan !

Maka dalam kul 11 pagi tadi , dengan menggunakan GPS kitorang ke sana.. Owh , senang sangat laa nak jumpa kedai ni .. tepi jalan jer .. Dengan ngan stesen minyak BP ..

Sesampai kitorang kat sana , kakitangan kedai ni melayan kitorang tanpa rasa bosan pon .. Kita tanya , dia jawab dengan jujur sekali .. Tanya mana ok mana tak .. Mana jimat mana tak .. Mereka jawab dengan ok .. Serius , kakitangan mereka mmg membantu sangat ! Takde sombong punya orang woo .. Patut la kedai ni ramai walaupun pada waktu kerja ! Bayangkan kalau sabtu ahad !! Perghh ..

IMAG1427

Nak bayar pon siap ada 2-3 kaunter lagi.. Ada no giliran ok ! Tak perlu nak berebut atau beratur .. Sambil sambil tunggu giliran , leh jalan tengok lagi barang .. Kot jumpa lagi best dalam tu kan ?

IMAG1431

IMAG1429IMAG1424

IMAG1425

Setelah wife pilih mana dia berkenan dengan melakukan perbincangan dengan aku , maka kopaklah duit kitorang ari ni .. hehehe .. Okk jer .. janji selesa kan ?

IMAG1430

Tak abis lagi ni membeli .. Ada lagi lampu untuk dibeli .. Takat ni cuma kipas jenama KDK dan lampu biasa je beli sebab Qhaliff dah menjerit ! Cepat cepat beransur .. Nanti nanti datang lagi .. hehe ..

Oh ya , kalau nak beli kat sini .. gunakan cash la yer .. Kalau credit card , ada charge la pulak .. hehe ..

13 ulasan:

  1. kitorg dah pegi..mmg murah dan byk pilihan..pegi week end.. perghhhh ramai giller org nk berjalan pun susah..

    check it out our home progress: plaster ceiling and lightings

    http://husnamn.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. hari tu beli lampu kedai kat rumah jer.. :) biasa lampu byk boleh bg diskaun walauoun x tulis.. boleh minta kurang.. hehehe

    BalasPadam
  3. rumah saya semua pakai lampu kipas yang dibeli dari kedai ni. rela angkut dari puchong -tganu sebab murah banyak dan berbaloi-baloi.... kalau area pantai timur mau berganda-ganda laaa harga..

    BalasPadam
  4. dekat deng umah saya tu ben..tp nama tempat tu bandar bukit puchong la en ben..gi depan sikit deret kedai yg sama ada kedai mkn sedap dan layan..Ipoh Station antique cafe..layan kedai tu klu mkn..ala2 kampung gitu..

    BalasPadam
  5. wow... siap ada giliran nak bayar lagi... mesti murah sgtkan kedai ni...

    BalasPadam
  6. selalu dengar org cite pasal kedai ni tapi tak berbaloi rasanya nak mengangkut dari sana ke kuantan...pulak la kalau brg dibeli tu rosak..alahai..

    tapi betul punya ramai tu siap pakai sistem nombor..

    BalasPadam
  7. banyak juga yer barangan yang dibeli tu.. kalau Qhaliff tak bersuara lagi tu, memang banyak lagi la tu kan barangan yang akan dbeli.. heheheh.. tak per shopping utk rumah baru la katakan.. heheheheh.. :)
    bagus nye tempat tu siap ada no. giliran..

    BalasPadam
  8. bagus nk p weekend ni...kena p awal ni...

    BalasPadam
  9. kena pegi nii... tq 4 d info... http://basteng3.blogspot.com

    BalasPadam
  10. salam.... menarik nii sampai Q ... kena visit nii..tq 4 d info . http://basteng3.blogspot.com

    BalasPadam
  11. pasal kedai houses lighting tu mmg service sgt sistematik kan...
    ni sikit cite pasal kedai tu:
    http://seenicecare.blogspot.com/2014/03/tips-masuk-rumah-baru-lampu-dan-kipas-murah.html

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009