Bapa aku cuma pemandu bas sekolah saja..

by - Isnin, Jun 20, 2016

 

Sekarang , bapak aku habiskan masa di rumah membantu adik aku.. Kalau tak buat apa apa , dia tak sedap badan. Dia baru pulih dari kanser lidah akibat rokok.. Hurm.. nasib baik umurnya panjang.. Dapat jugak dapat lihat Zahra yang kebetulan sama hari melakukan pembedahan..bapak aku dan wife serentak jalani pembedahan ! Cerita 2 tahun lepas..

Teringat ayah aku ketika aku kecil dulu.. Dia seorang yang cukup garang tapi penyayang. Seorang jurugambar di sebuah kilang percetakan di Chan Sow Lin. Dekat ngan Utusan Melayu ketika tu. Aku masih ingat lagi..

Ada sekali tu.. aku mintak dia kasut bola baru. Gara gara terpilih untuk jalani pemilihan wakili Kuala Lumpur bawah 12 tahun. Kalau terpilih , boleh masuk sekolah sukan. Masa tu idam nak masuk sekolah Victoria. Hanya kerana nak banggakan mak ayah aku. Kalau ikutkan aku , aku tak nak pon.. Aku tak begitu cemerlang dalam akademik tapi dalam sukan , aku jaguh.. Semua sukan aku main di sekolah.. wakil sekolah. Sekurangnya , diaorang berbangga juga part tu..

Aku dapat tahu , dia pinjam duit dari kawan dia untuk beli kasut bola aku nak tu.. Menangis aku.. Aku nekad untuk terpilih tapi sayangnya , aku gagal.. Aku malu. Tak tau camana nak bagitau kat bapak aku. Sejak tu , bila aku main bola , aku tak nak mak ayah aku tengok. Aku takut aku tak bagus main.. huhuhu..

Kerja sampingan diperlukan bila anak ramai. Ayah aku mula buat bisnis sendiri.. amik dan hantar pekerja kilang dengan gunakan van Vannette. Ada la jugak duit skit skit.. belanja dapur.

Kemudian dia berhenti kerja dan mula jadi usahawan bas sekolah. Dari sebuah van , dia berjaya dapatkan bas sekolah size bas mini dan kemudian , bas bersize sederhana.. Aku cukup respek cara dia bekerja.. Aku meniru dia dari situ..

Sebelah malam , dia bawak teksi pulak. Jam 12 malam , dia dah ada kat rumah.  Alhamdulillah , hasil titik peluh dia tu.. kami tak berhutang apa apa bila menyambungkan pelajaran. Semua selesai dengan tunai !

Menjelang raya.. dia tak pernah beli baju baru.. semua untuk anak anak jer ! Anak anak keutamaan dia.. Dalam segarang garang dia , dia sayangkan semua anaknya..

Siang dia kerja.. malam dia kerja. Tak mengeluh pon.. Dia tak melepak kedai kopi. Dia tak buang masa duduk saja. Ada saja dalam kepala dia untuk berniaga. Ruang kecik rumah aku di flat tu , dia buat jual barangan runcit.. Ada la jugak untung skit skit.. Segalanya dimanfaatkan..

Secara jujurnya, semangat dia tu .. aku tiru dan berjaya aku turunkan ke dalam blog aku ni.. Alhamdulillah..  Dan dia seorang ayah yang cukup terbaik buat aku. Yer , aku menangis bila teringatkan penat lelah dia membesarkan aku.. Aku tak mampu balas segala pengorbanan dia. Sebab tu , aku selalu pergi ke rumah orang tua aku walaupun ikutkan .. jauh woo ! Sehari ulang alik boleh cecah 150km. Tol minyak , jangan cakap la. Selagi dia hidup , aku amik peluang untuk pastikan dia tidak kesepian.. aku bawak anak cucu dia bermain setiap hari dengan dia.. dan mak aku..

Walaupun ayah aku cuma pemandu bas sekolah , aku tak pernah malu bagitau kat orang kalau diorang tanya , apa pekerjaan orang tua aku.. Sekurangnya , dia tak perlu jadi pengampu untuk teruskan kehidupan.. kan ?

image

Hurm.. untung anak anak aku ni.. Diorang merasa kasih sayang atuk nenek diorang.. aku tak sempat merasa pon..

You May Also Like

10 comments

  1. Tulisan bg Ben yg ini sangat menginspirasi. Salam blogger bg!

    BalasPadam
  2. Selamat hari bapa untuk Ben dan ayah Ben..juga untuk semua ayah..
    Rain sungguh orang tua Ben..salute!

    BalasPadam
  3. Nangis plak baca entry ni.... (TT____TT)

    BalasPadam
  4. Terus rasa rindu mak ayah kat kampung. Hmm

    BalasPadam
  5. alhamdulillah..bapa itu sendi keluarga :)

    BalasPadam
  6. Terharu baca atas pengorbanan seorang bapa.melebihkan anak2 dari keperluan dirinya sendiri.

    BalasPadam
  7. Terasa bila baca. Sebab ayah seorang pemandu kereta. Susah senang, kami bersama. Skrg tiba masa untuk Afiq sebagai anak membalas jasa.

    BalasPadam
  8. Selamat hari bapa. Semoga terus menjadi bapa yang hebat.
    Nak menitik gak airmata baca kisah pengorbanan bapa2 orang lain. :(

    BalasPadam